Jumaat, 5 April 2024

JASMINE LOO AKUI TERIMA RM100 JUTA DARI JHO LOW

 

KUALA LUMPUR: Saksi penting kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo mengakui menerima RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sebagai hadiah walaupun selepas meninggalkan syarikat terbabit.

Loo yang meletak jawatan daripada 1MDB pada 2013, berkata beliau menerima wang berkenaan pada 2014 dan menyimpannya sebagai amanah, bagaimanapun berakhir sebagai benefisiari (penerima).

Disoal peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, apakah alasan Jho Low memberikan wang itu kepadanya atas kapasiti sebagai penasihat undang-undang 1MDB, Loo menjawab beliau memegangnya sebagai amanah.

Saksi itu kemudian mengakui bahawa ia kemudian berakhir sebagai benefisiari iaitu hadiah kepadanya

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Jasmine Loo nafi buat rundingan dengan SPRM, pendakwa raya untuk jadi saksi
·         Jasmine Loo nafi bersekongkol tipu Najib
·         'Saya tidak percaya Jho Low gunakan duit 1MDB kerana dia sudah kaya' - Saksi
·         Jho Low mahu dilihat sebagai proksi Najib - saksi
·         Jho Low bersumpah jadikan hidup saya seperti 'dalam neraka' jika pulang' - Jasmine Loo
·         'Jho Low minta Kok Thiam buat surat sahkan duit masuk akaun Najib derma Arab Saudi'
·         Najib tak arah pengambilalihan Tanjong Energy - saksi
·         Kes 1MDB: Pendakwa cadang panggil Jasmine Loo

Loo turut memberi keterangan bahawa beliau menyimpan AS$4.5 juta yang didepositkan oleh Jho Low dalam akaunnya bagi pembelian sebuah patung, bagaimanapun (pembelian) itu akhirnya tidak dilakukan.

Menurut Loo, beliau ketika itu bertindak sebagai orang tengah dalam dalam urusan (pembelian) itu kerana Jho Low memintanya mendapatkan patung bernilai AS$4.5 juta untuk dihadiahkan kepada kerabat Arab Saudi, Putera Faisal Turki Al Saud.

Saksi itu berkata, bagaimanapun urusan pembelian itu gagal kerana Jho Low berubah fikiran dan wang berkenaan kekal dalam akaunnya kerana Jho Low tidak memberikan sebarang jawapan mengenai wang itu.

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa beliau menyimpan wang berkenaan kerana ia dibayar untuk 'kerja' (untuk Jho Low) yang dilakukannya.

Loo juga mengesahkan beliau menilai semula pendapatannya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kini sedang membayar balik cukai ke atas semua lebihan pendapatannya.

Saksi itu berkata, beliau memulakan rundingan dengan LHDN pada 2020 dan 2021 sebelum kembali ke Malaysia, membabitkan pembayaran balik lebihan pendapatan berjumlah RM2.5 juta.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1231957/jasmine-loo-akui-terima-rm100-juta-dari-jho-low

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...