KUALA LUMPUR:
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan
di Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Polis Negara, Tan
Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di
Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.
"Ya, saya sahkan
(tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.
"Satu sidang akhbar
akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau
Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat," katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA
·
Tembakan di KLIA: Foto suspek
diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran
·
Polis masih kesan lokasi
Hafizul, kumpul maklumat daripada keluarga - KPN
·
Polis Kelantan perketat kawalan
elak suspek bolos ke Thailand
·
Lelaki lepaskan tembakan di KLIA
ada rekod dikehendaki polis - KPN
·
Polis tingkat pemantauan, elak
suspek tembak di KLIA 1 bolos ke Thailand
·
2 ditahan kes hina Agong, tawar
RM5 juta bunuh PM
·
Bekas ketua aktivis PPIM
Kelantan ditahan reman
·
Kes tembak KLIA: Imigresen
perketat pintu sempadan
Terdahulu, ibu dan bapa
Hafizul, Hayati Bakri dan bapanya, Hawari Mohd Sihat, serta lima
adik-beradiknya merayu Hafizul menyerah diri kepada polis.
Adiknya, Hanif berkata,
Hafizul perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan bersedia
menghadapi kesan perbuatan itu dan hukuman bakal dikenakan terhadapnya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235012/terkini-hafizul-ditahan-di-kota-bharu