Isnin, 15 April 2024

TEMPOH REMAN SUAMI ISTERI SELEWENG WANG ZAKAT RM9.62 JUTA DILANJUTKAN

 

IPOH: Tempoh tahanan reman sepasang suami isteri yang ditahan polis untuk siasatan penyelewengan RM9.62 juta oleh sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) juta, dilanjutkan sehingga Isnin ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lanjutan tempoh reman selama tiga hari itu dibenarkan Mahkamah Majistret Ipoh selepas perintah tahanan awal mereka selama tujuh hari berakhir hari ini.

"Tempoh lanjutan reman sudah diperoleh selama tiga hari, sampai 15 Januari ini," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lalu, penyelewengan suami isteri berusia 50 dan 53 tahun yang berperanan sebagai ejen kutipan zakat secara dalam talian (online) untuk MAIPk itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

DISYORKAN UNTUK ANDA

'Suami isteri disyaki seleweng duit zakat RM9.62 juta boleh dituduh di mahkamah selepas siasatan selesai'

Suami isteri suspek kes seleweng zakat RM9.62j kutip bayaran secara 'online'

Pasangan suami isteri ejen kutipan disyaki seleweng zakat MAIPk ditahan

Kes seleweng kutipan zakat RM9.62 juta: Suami isteri dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah

Pihak urus harta zakat dinasihat laksana tugas dengan jujur, berintegriti - Mufti Pulau Pinang

Polis siasat empat kes seleweng duit zakat RM9.7 juta

Seleweng kutipan zakat, satu pengkhianatan jika benar berlaku - Naim

Kedai Akak Lejen mampu raih pendapatan cecah RM25,000

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit gagal mendepositkan wang zakat di Mac hingga September 2023; yang mana kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.

Siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah itu terhadap pasangan itu dibuat polis, selepas penyelewengan mereka dilaporkan oleh MAIPk.

Mohd Yusri sebelum ini dilaporkan berkata, pasangan suami isteri yang ditangkap itu berperanan sebagai ejen kutipan zakat dan bukan kakitangan mana-mana pusat pungutan di negara ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...