Sabtu, 13 April 2024

Warga Israel didakwa perdagang enam senjata api dan peluru mengaku tidak bersalah

 

KUALA LUMPUR: Avitan Shalom, lelaki warga Israel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tuduhan memperdagangkan enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 158 peluru di sebuah hotel di ibu negara, pada Mac lalu.

Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

"Saya faham (tuduhan) puan hakim…saya mengaku tidak bersalah," katanya.

Avitan yang memakai baju T hitam berseluar khaki warna hijau dan dikawal ketat empat anggota polis di kiri, kanan dan belakang kandang tertuduh , didakwa berdagang enam pucuk pistol di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini, di antara jam 6.46 petang 26 Mac dan 6 petang 28 Mac lalu.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Kes lelaki Israel miliki senjata api: Pasangan suami isteri didakwa hari ini - KPN
·         Sharifah Faraha, Abdul Azim didakwa kes senjata api berkait warga Israel
·         Lelaki warga Israel disambung reman 7 hari
·         Lelaki Israel miliki enam senjata api, 200 peluru akan didakwa esok - Razarudin

Mengikut pertuduhan, Shalom, 38 didakwa memiliki enam senjata api dan peluru berkenaan pada 26 hingga 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, di sini.

Tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Shalom dibawa masuk ke bilik mahkamah pada jam 9.30 pagi dan dikawal ketat empat anggota polis memakai penutup muka.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam yang mewakili pendakwaan memberitahu mahkamah, pihaknya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam belanya, Navinjit Singh bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan dan tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Mahkamah kemudian tidak memberikan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 21 Mei ini.

Sharifah Faraha Syed Husin, 41, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPAA) kerana memiliki pistol itu, manakala Abdul Azim Mohd Yasin, 43, mengikut Seksyen 9 akta sama kerana bersubahat dengan Faraha apabila dia didakwa mengetahui pistol itu dalam pemilikannya.


Senarai enam pistol dan peluru yang didakwa dimiliki tertuduh

1. Glock 19 USA 9x 10 (Serial Number AEGS 286);

2. Sig Sauer P3205P (Serial Number 58C283463);

3. Cougar 8000FT (Serial Number T6429-10G002496);

4. Glock 17 Gen4 Austria 9x19 (Serial Number: BDZZ090);

5. N&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA (Serial Number: DSW9077)

6. Stoeger Cougar 8000F (Serial Number 58C283463)


Peluru

1. 1 kotak Shell Shock NAS3 9mm, mengandungi 8 butir peluru (B660104);

2. 1 kotak Bullet Master Co. Ltd, mengandungi 50 butir peluru (B660105);

3. 1 kotak Bullet Master Co. Ltd, mengandungi 50 butir peluru (B660105);

4. 1 kotak Bullet Master Co Ltd, mengandungi 50 butir peluru (B660105)

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1234000/warga-israel-didakwa-perdagang-enam-senjata-api-dan-peluru-mengaku-tidak?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...