PUTRAJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat akar umbi, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin.
Beliau berkata calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penasihat dalam menentukan calon yang akan bertanding.