Rabu, 29 November 2023

LELAKI TAWAR RM5 JUTA BUNUH PM ANWAR DICEKUP DI KOTA BHARU


SEORANG lelaki berusia 34 tahun ditahan
atas dakwaan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit ditahan pada Selasa kerana didakwa memuat naik video di TikTok dan menawarkan ganjaran RM5 juta untuk membunuh Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya.

“Dia ditahan di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

“Suspek direman sehingga Jumaat untuk disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sementara itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun kerana menghina Yang Di-Pertuan Agong di media sosial.

Razarudin berkata, suspek ditahan di Kota Bharu kerana didakwa memuat naik ulasan yang berpotensi menimbulkan kemarahan dan penghinaan kepada mana-mana Raja.

Turut baca :

“Suspek direman sehingga Khamis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kedua-dua kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kuala Lumpur kata Razarudin.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes berkenaan kerana ia boleh menjejaskan siasatan.

“Polis juga mengingatkan rakyat supaya peka dan prihatin terhadap isu sensitif di media sosial terutama perkara yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

https://sengatdaily.com/lelaki-tawar-rm5-juta-bunuh-pm-anwar-dicekup-di-kota-bharu/


Isnin, 27 November 2023

LELAKI CABUL KAKAK IPAR SEDANG LIPAT KAIN DIPENJARA 8 BULAN, SEBATAN


Seorang lelaki yang juga buruh kontrak menangis selepas dijatuhi hukuman penjara 8 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kakak ipar serta menceroboh rumah ibu mentuanya, Khamis lalu.

Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu yang mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan satu sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua, lima bulan penjara.

Hukuman penjara dijalankan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu 23 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap kakak iparnya dengan tujuan mencabul kehormatan di sebuah rumah di Jalan Air Hitam-Muar, di sini, jam 10.30 pagi, 23 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menceroboh rumah ibu mentuanya berusia 67 tahun dengan semua tarikh, masa dan tempat kejadian berlaku di lokasi sama.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang sudah berkahwin didakwa menceroboh rumah mentuanya dengan mengumpil tingkap belakang.

Sebaik memasuki rumah, tertuduh meluru ke arah kakak iparnya yang ketika itu sedang melipat kain sebelum menutup matanya menggunakan tangan.

Kesempatan itu diambil tertuduh untuk mencabul dan mangsa cuba melawan serta mengambil telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarga bagi meminta pertolongan namun gagal.

Pengadu kemudian bertindak menggigit dagu tertuduh menyebabkan lelaki itu segera melarikan diri KLIK DISINIsebelum membuat laporan polis.

https://www.buletintv3.my/mahkamah/lelaki-cabul-kakak-ipar-sedang-lipat-kain-dipenjara-8-bulan-sebatan/?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=271123&webPushId=MTQ3NQ==

Ahad, 26 November 2023

CUBA LARIKAN BUDAK 3 TAHUN, LELAKI NEPAL DICEKUP ORANG AWAM


SUNGAI PETANI
Cubaan seorang lelaki warga Nepal untuk melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di hadapan sebuah kedai roti canai di Pekan Jeniang, Gurun, di sini hari ini gagal apabila dia ditahan orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan anggota Pondok Polis Jeniang, Gurun menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 7.20 pagi tadi.


Kata Zaidy maklumat awam itu memaklumkan suspek cuba melarikan kanak-kanak perempuan terbabit di Taman Seri Emas, di sini berhampiran kedai roti canai itu.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di tepi Jalan, di hadapan kedai roti canai itu yang mana motosikal bapa mangsa diletakkan di tepi jalan untuk pergi membayar dan mengambil tempahan roti canai yang dibuat.

“Menurut bapa mangsa, anak perempuannya itu ditinggalkan dalam keadaan duduk di bahagian hadapan motosikal (kaki di dalam raga) bersendirian dengan jarak motosikal tidak jauh dari kedai makan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, berdasarkan keterangan saksi, suspek kemudian meluru ke arah mangsa dan mendukungnya sebelum mengundur beberapa langkah sambil mengacukan pisau ke arah leher kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata, suspek turut bercakap dalam bahasa tidak difahami dipercayai bahasa Nepal, seperti meminta wang untuk makan kepada bapa mangsa yg berada di hadapan suspek ketika itu.

“Bapa mangsa yang ketika itu panik cuba menenangkan mangsa sambil memujuk supaya suspek menyerahkan semula mangsa kira-kira tiga minit.

“Dalam usaha mencari peluang ketika suspek leka, orang awam yang turut menyaksikan kejadian itu berjaya menarik tangan suspek dari arah belakang dan terus menangkap suspek  dengan bantuan oleh orang awam lain dan bapa mangsa sendiri.

“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan, dan suspek diserahkan kepada polis,” katanya.

Zaidy berkata, hasil semakan mendapati, satu laporan polis telah dibuat oleh majikan suspek, 8 November lalu mengatakan suspek melarikan diri dari majikannya.

Beliau berkata, siasatan awal yang dilakukan, suspek masuk ke negara ini untuk bekerja di sebuah kilang di Sungai Lalang, di sini sejak sebulan lalu.

“Akibat tekanan kerja yang dihadapi suspek menyebabkan dia melarikan diri dari majikannya.

“Soal siasat awal juga mendapati, motif suspek bertindak demikian kerana terlalu tertekan dengan hidupnya dan berada dalam keadaan kelaparan ketika kejadian kerana sudah beberapa hari tidak makan,” katanya.

Zaidy berkata, tangkapan terhadap suspek turut dilakukan dan sebilah pisau turut dirampas untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, mangsa kemudian di rujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

https://www.buletintv3.my/nasional/cuba-larikan-budak-3-tahun-lelaki-nepal-dicekup-orang-awam/?utm_source=WA-BuletinTV3&utm_medium=social&utm_campaign=WATraffic 


Sabtu, 25 November 2023

HARI KEDUA GENCATAN SENJATA GAZA TENANG DI LAPANGAN DAN MENANTIKAN KUMPULAN BANDUAN BAHARU


Pada hari kedua gencatan senjata sementara di Semenanjung Gaza, ketenangan berlaku di lapangan, sementara jalan Palestin menunggu pembebasan kumpulan kedua banduan di penjara pendudukan dan pembebasan kumpulan baru tahanan yang dipegang oleh penentangan Palestin. di Gaza, sehari selepas pihak berkuasa pendudukan membebaskan 39 tahanan Palestin berbanding 13. Seorang tahanan Israel

Israel menerima senarai nama tebusan yang akan dibebaskan hari ini


Pegawai berkata, Israel menerima senarai nama banduan yang dijadualkan dibebaskan oleh Hamas di Gaza hari ini, Sabtu, selepas pembebasan 24 banduan semalam, Jumaat.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa pegawai keselamatan Israel sedang menyemak senarai itu


20 warga Thai masih ditahan Hamas


Kementerian Luar Thailand berkata pada hari Sabtu bahawa 20 rakyat Thailand masih ditahan oleh Gerakan Penentangan Islam Palestin (Hamas) selepas gerakan itu membebaskan sepuluh daripada mereka.


Kementerian itu menambah, mereka yang dibebaskan dari Gaza semalam, Jumaat, akan pulang ke rumah masing-masing selepas menghabiskan 48 jam di hospital.

SKUASY WANITA: SIVASANGARI JULANG MALAYSIA DI HONG KONG

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari terus memperagakan aksi berkelas dunia apabila menjuarai saingan Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.

Selepas mengejutkan pilihan kedua dari England, Sarah Jane Perry di separuh akhir semalam, giliran pilihan keempat dari Mesir, Amina Orfi menjadi 'mangsa' Sivasangari pada aksi final yang menyaksikan dia melakar kemenangan 3-0.

Pemain berusia 24 tahun itu bermula garang apabila memenangi set pertama 11-9 ke atas lawan yang juga bekas juara remaja dunia dua kali itu sebelum dia meneruskan penguasaan di set kedua menerusi kemenangan 11-8.


Sivasangari yang menghuni ranking ke-22 dunia memastikan gelaran juara menjadi miliknya apabila mengesahkan kemenangan 11-5 di set ketiga.

Saya sangat gembira dengan kejayaan ini. Saya merasakan sepanjang minggu ini saya bermain dengan sangat baik kecuali di pusingan pertama yang mana saya berasa sedikit gementar.

"Namun, selepas mara ke pusingan seterusnya, permainan saya bertambah baik termasuklah dalam perlawanan hari ini."Saya gembira dengan kemenangan ini apatah lagi menang dengan keputusan 3-0 menentang pemain yang sangat berbakat," kata Sivasangari kepada Persekutuan Skuasy Profesional (PSA) selepas tamat aksi final.Sebagai rekod, ini adalah gelaran kedua Sivasangari dalam Jelajah PSA (Persatuan Skuasy Profesional) selepas turut menjuarai Kejohanan Trofi Tuanku Muhriz 2023 di Seremban, Negeri Sembilan, Ogos lalu.

Sivasangari jelas pada tahap terbaiknya musim ini apabila dia turut menyumbangkan pingat emas dalam acara perseorangan di Sukan Asia Hangzhou, September lalu.Dia juga membantu pasukan wanita memenangi emas dalam acara berpasukan di Hangzhou.

Peningkatan prestasi ditunjukkan Sivasangari dianggap kebangkitan yang luar biasa terutama selepas dia terpaksa berehat panjang akibat kemalangan jalan raya dialaminya pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, semangat 'pejuang' nyata mengalirkan dalam diri Sivasangari yang menunjukkan perkembangan positif selepas kembali ke gelanggang dengan beberapa pencapaian yang diraihnya.

"Saya bangga dengan pencapaian saya setakat ini. Prestasi saya menunjukkan perkembangan yang saya positif dan berharap dapat mengekalkan momentum ini.

"Saya akan bekerja keras dan menikmati sukan yang saya sayangi ini," katanya.

Pencapaian dilakar Sivasangari ketika ini dilihat hadir tepat pada masanya ketika Malaysia dalam usaha untuk membuat persiapan bagi menyusun program menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

KLIK DISINI UNTUK  RUJUKAN:  https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2023/11/1181560/sivasangari-julang-malaysia-di-hong-kong


Jumaat, 24 November 2023

ISMAWI PUJI KEPIMPINAN ANWAR, KUKUHKAN HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA DAN KEBEBASAN MEDIA


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Madani semalam


JAKARTA: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) memuji hubungan kukuh antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Indonesia semasa kepimpinannya selama setahun.

Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan dalam artikel bertajuk 'Setahun PM Anwar Sahabat Erat Indonesia' yang diterbitkan Antara turut menekankan kepentingan kebebasan media seperti dinyatakan Anwar di Ipoh, Perak pada Mei lalu.

Menurut Asro, hubungan Anwar di Indonesia dan persahabatan dengan tokoh-tokoh nasional serta sokongan daripada tokoh berpengaruh termasuk bekas presiden BJ Habibie sebelum ini telah menyumbang kepada hubungan positif ini.

Ketika pelantikan Anwar sebagai perdana menteri hampir setahun lalu, sambutannya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia dengan tokoh-tokoh nasional Indonesia menganggapnya sebagai 'pelantikan kawan'.

"Tidak hairan, apabila PM Anwar membuat lawatan rasmi negara pertamanya ke Indonesia pada 9 Januari, beliau disambut khas oleh Presiden Joko Widodo di Istana Bogor, termasuk dengan pasukan berkuda," jelas Asro.

PRK KEMAMAN: MB TERENGGANU & EXCO NYA JUAL BALAK DAPAT KOMISYEN

 


PRK KEMAMAN: PENGIKUT PAS MINUM AIR MANDIAN HAJI HADI - SUBHANALLAAH.

 



Rabu, 22 November 2023

Kementerian Luar Qatar: Mencapai perjanjian gencatan senjata selama empat hari dan mencapai perjanjian pertukaran


Kementerian Luar Negeri Qatar mengumumkan kejayaan usaha pengantaraan bersama Qatar dengan Mesir dan Amerika Syarikat antara pendudukan dan pergerakan Hamas.

Menurut Jabatan Negara AS, masa mula gencatan senjata akan diumumkan dalam masa 24 jam, dan gencatan senjata akan berlangsung selama 4 hari, tertakluk kepada lanjutan.

Sumber Ibrani berkata pada subuh hari ini bahawa kerajaan pendudukan meluluskan perjanjian pertukaran tahanan dengan pergerakan Hamas selepas sesi yang berlangsung sehingga awal pagi.

Radio Tentera Pendudukan menerbitkan "adegan dari mesyuarat Kabinet malam ini dan pada subuh hari ini, yang sedang dalam mesyuarat untuk meluluskan perjanjian tahanan ."

Sumber media Israel memetik sumber politik sebagai berkata bahawa perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan mula berkuat kuasa pada 6:30 pagi esok, Khamis.

Bagi pihaknya, pergerakan Hamas mengumumkan bahawa ia telah mencapai perjanjian gencatan senjata sementara yang boleh dilanjutkan selepas rundingan yang sukar dan rumit selama 4 hari, dengan usaha tanpa jemu Qatar dan Mesir.

Pergerakan Hamas berkata dalam satu kenyataan, berdasarkan tanggungjawab kami terhadap rakyat kami dan untuk menyatukan kehendak rakyat kami, dan selepas rundingan yang sukar dan rumit selama beberapa hari, kami mengumumkan bahawa kami telah mencapai perjanjian gencatan senjata kemanusiaan (gencatan senjata sementara) untuk tempoh empat hari, dengan usaha Qatar dan Mesir yang gigih dan dihargai, mengikut mana:

Perjanjian itu menetapkan gencatan senjata oleh kedua-dua pihak, pemberhentian semua tindakan ketenteraan oleh tentera pendudukan di semua kawasan di Semenanjung Gaza, dan pemberhentian pergerakan kenderaan tenteranya yang menembusi ke Semenanjung Gaza. 

Perjanjian itu juga menetapkan kemasukan ratusan trak untuk bantuan kemanusiaan, bantuan, perubatan dan bahan api ke semua kawasan di Semenanjung Gaza, tanpa pengecualian, di utara dan selatan.

Perjanjian itu juga termasuk pembebasan 50 wanita dan kanak-kanak tahanan pendudukan di bawah umur 19 tahun, sebagai pertukaran untuk pembebasan 150 wanita dan kanak-kanak rakyat kita dari penjara pendudukan di bawah umur 19 tahun, semuanya mengikut kekananan.

Perjanjian itu termasuk memindahkan tawanan dari Semenanjung Gaza dan menyerahkan mereka kepada Palang Merah, kemudian memindahkan mereka ke pihak Mesir, dan selepas ketibaan mereka ke pihak Mesir, Israel akan membebaskan tawanan Palestin.

Menghentikan lalu lintas udara di (selatan) selama empat hari dan menghentikan lalu lintas udara di (utara) selama 6 jam sehari dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.

Semasa tempoh gencatan senjata, pendudukan komited untuk tidak menyerang atau menangkap sesiapa di semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Perjanjian itu juga menetapkan memastikan kebebasan bergerak orang dari utara ke selatan di sepanjang Jalan Salah al-Din.

Perjanjian itu juga menetapkan bahawa pasukan pendudukan kekal dalam kedudukan mereka di dalam Semenanjung Gaza, mematuhi gencatan senjata, dan Hamas menghentikan semua operasi ketenteraannya.

Bagi pihaknya, Presiden Amerika mengumumkan bahawa dia mengalu-alukan perjanjian yang bertujuan untuk membebaskan tebusan yang dipegang oleh Hamas semasa serangannya ke atas Israel.

Biden mengucapkan terima kasih kepada Qatar dan Presiden Mesir atas kepimpinan dan perkongsian mereka yang tegas dalam mencapai perjanjian ini, yang sepatutnya membawa lebih banyak tebusan Amerika pulang, dan saya tidak akan berhenti sehingga mereka semua dibebaskan.

Biden berkata pada hari Isnin bahawa Netanyahu berjanji untuk menyokong gencatan senjata bagi memastikan pelaksanaan perjanjian itu dan menyediakan bantuan tambahan untuk meringankan penderitaan keluarga di Gaza.

Bagi pihaknya, Setiausaha Negara AS mengalu-alukan perjanjian untuk membebaskan 50 tebusan, termasuk rakyat Amerika, yang telah ditahan oleh Hamas sejak serangannya ke atas Israel, menjelaskan bahawa perjanjian itu mewakili kemajuan besar dan kami tidak akan berehat selagi Hamas terus menahan tebusan di Gaza

Rujuk disini: https://www.pnn.ps/news/683194

Isnin, 20 November 2023

PERANG KE ATAS GAZA: SYAHID DAN KECEDERAAN DALAM PENGEBOMAN HOSPITAL DAN PUSAT PERLINDUNGAN

 


Akhbar Israel melancarkan beberapa siri serbuan manakala kereta kebal mengebom Hospital Indonesia dan Hospital Al-Awda di utara Semenanjung Gaza, di mana serbuan dan tembakan menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera dan cedera, semuanya orang awam


Pada pagi Isnin dan subuh, pesawat Israel mempergiatkan serbuan ke atas hospital dan tempat perlindungan untuk orang yang berpindah di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza, pada hari ke-45 perang Israel ke atas Gaza


Akhbar Israel melancarkan beberapa siri serbuan manakala kereta kebal mengebom Hospital Indonesia dan Hospital Al-Awda di utara Semenanjung Gaza, di mana serbuan dan pengeboman menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera dan cedera, semuanya orang awam


Ini berlaku ketika pasukan tentera pendudukan terus mengepung Kompleks Perubatan Al-Shifa, dan seorang pegawai perubatan di Hospital Al-Shifa berkata bahawa pendudukan itu menahan lebih daripada 200 pesakit dan kakitangan perubatan, dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.

Pesawat Israel meningkatkan sasarannya ke hospital Indonesia, dan Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan kematian sejumlah orang yang kehilangan tempat tinggal dan kecederaan pesakit dan kakitangan perubatan ketika artileri kereta kebal menyasarkan hospital.

Tembakan artileri yang ganas dan berterusan, bersempena dengan tembakan sengit, menyasarkan Hospital Indonesia, di mana bekalan elektrik ke hospital itu terputus selepas penjananya berhenti berfungsi akibat pengeboman.

Kereta kebal Israel dikerahkan di sekitar hospital Indonesia dan melepaskan tembakan ke arah hospital, menyasarkan sesiapa sahaja yang cuba meninggalkan hospital dengan tembakan terus.

Pengeboman Israel menyasarkan tempat perlindungan untuk orang yang kehilangan tempat tinggal dan Sekolah Kuwait berhampiran Hospital Indonesia, menyebabkan lebih ramai syahid dan cedera dalam kalangan mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Berpuluh-puluh mayat syuhada tiba di Hospital Syahid Al-Aqsa di tengah Semenanjung Gaza, berikutan beberapa siri serbuan yang dilancarkan oleh pendudukan pada waktu subuh, menyasarkan kem Bureij dan Nuseirat.

Kawasan timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza, menyaksikan sasaran ganas oleh pesawat pendudukan, dan berpuluh-puluh orang mati syahid dan cedera akibat pengeboman dataran kediaman dan dua rumah milik keluarga Abu Shalouf dan Dhair berhampiran Hospital Al-Najjar.

Peperangan Israel di Semenanjung Gaza mengakibatkan kematian lebih daripada 13,000 orang, termasuk lebih daripada 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita, manakala jumlah kematian melebihi lebih daripada 30,000 cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain lebih daripada 6,000 orang hilang, menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat media Kerajaan di Gaza dan Kementerian Kesihatan.

Pada pagi Isnin, tentera Israel mengumumkan pembunuhan dua askar, kedua-duanya dari Briged Pasukan Payung, dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah askar dan pegawai Israel terbunuh kepada 67 orang sejak permulaan pencerobohan darat pada 27 Oktober, manakala angka kematian tentera mencecah 385. Seorang askar dan pegawai sejak permulaan perang ke atas Gaza dan pertempuran “Banjir Al-Aqsa”



SEBUAH KAPAL TELAH DIRAMPAS DI LAUT MERAH

 


Ramallah - Tanah Air

Tentera pendudukan Israel berkata pada hari Ahad bahawa kapal pengangkut yang dirampas oleh Houthi di Laut Merah tidak mengandungi mana-mana warga Israel.

Jurucakap tentera, melalui akaunnya di platform X, menyifatkan insiden rampasan kapal berhampiran Yaman di Laut Merah sebagai "insiden berbahaya di peringkat global." 

Beliau menegaskan bahawa kapal itu bukan Israel, dan perbincangan adalah mengenai kapal yang berlepas dari Turki dalam perjalanan ke India dengan anak kapal antarabangsa dan tiada warga Israel.

Dalam konteks ini, Pejabat Perdana Menteri Israel mengutuk sekeras-kerasnya serangan Iran ke atas kapal antarabangsa, dengan mengatakan bahawa ia dimiliki oleh syarikat British dan dikendalikan oleh syarikat Jepun. 

Dia menyambung: "Ia diculik di bawah arahan Iran oleh militia Houthi di Yaman, manakala terdapat 25 individu di atas kapal yang berlainan bangsa, termasuk warga Ukraine, Bulgaria, Filipina dan Mexico. Tiada warga Israel di atas kapal itu."

Pejabat Netanyahu menyifatkan ia sebagai "satu lagi tindakan pengganas Iran yang merupakan satu lonjakan ke hadapan dari segi pencerobohan Iran terhadap warga dunia bebas, dan ia mewujudkan kesan antarabangsa terhadap keselamatan syarikat perkapalan antarabangsa," seperti yang dikatakannya


المزيد على دنيا الوطن ..https://www.alwatanvoice.com/arabic/news/2023/11/19/1538380.html#ixzz8JaOeK9N2

Ahad, 19 November 2023

PMX TOLAK GUNA MERCEDES SEBAGAI KENDERAAN RASMI


Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang dibeli Perdana Menteri yang lepas dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Benz dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group,

Ola Källenius, telah mengumumkan sumbangan sebanyak €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi Israel.

Pengumuman ini dibuat melalui akaun LinkedIn miliknya kira-kira tiga minggu lalu.

Dalam pengumuman tersebut, beliau menyatakan kesedihan atas serangan yang berlaku ke atas Israel dan hasrat untuk membantu mengurangkan beban yang mereka hadapi.

“Saya sangat terkejut dengan berita dan gambar yang disiarkan di seluruh dunia sejak serangan ke atas Israel.

Dan saya amat bimbang tentang kesan yang mungkin berlaku untuk keamanan di Timur Tengah. Saya mempunyai rakan sekerja, kenalan lama, dan kawan baik di rantau itu.

Saya berasa sedih ke atas semua orang yang menderita akibat keganasan dan yang kini berkabung atas kehilangan orang tersayang.

Perasaan saya sama juga buat mereka ramai yang cedera, mereka yang diculik, dan keluarga mereka,” petik kenyataan Ola Källenius.

Mercedes-Benz berikrar untuk menderma €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi bantuan United Hatzalah, yang menumpukan kepada pemerolehan kenderaan penyelamat, serta Palang Merah Jerman yang menyelaraskan bantuan kemanusiaan di rantau ini bersama-sama organisasi saudara mereka.

“Kami sudah tentu sentiasa menghubungi pasukan di tapak R&D kami di Tel Aviv, di mana keselamatan mereka menjadi keutamaan,” tambah Ola Källenius lagi.

https://www.mhdaily.net/mercedes-sumbang-rm5-juta-bantu-organisasi-israel-pmx-tolak-guna-mercedes-sebagai-kenderaan-rasmi/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...