Rabu, 29 November 2023

LELAKI TAWAR RM5 JUTA BUNUH PM ANWAR DICEKUP DI KOTA BHARU


SEORANG lelaki berusia 34 tahun ditahan
atas dakwaan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit ditahan pada Selasa kerana didakwa memuat naik video di TikTok dan menawarkan ganjaran RM5 juta untuk membunuh Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya.

“Dia ditahan di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

“Suspek direman sehingga Jumaat untuk disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sementara itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun kerana menghina Yang Di-Pertuan Agong di media sosial.

Razarudin berkata, suspek ditahan di Kota Bharu kerana didakwa memuat naik ulasan yang berpotensi menimbulkan kemarahan dan penghinaan kepada mana-mana Raja.

Turut baca :

“Suspek direman sehingga Khamis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kedua-dua kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kuala Lumpur kata Razarudin.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes berkenaan kerana ia boleh menjejaskan siasatan.

“Polis juga mengingatkan rakyat supaya peka dan prihatin terhadap isu sensitif di media sosial terutama perkara yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

https://sengatdaily.com/lelaki-tawar-rm5-juta-bunuh-pm-anwar-dicekup-di-kota-bharu/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...