Isnin, 13 November 2023

PRK KEMAMAN: PROFIL CALON BN PILIHAN RAYA KECIL P.040 KEMAMAN


Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
telah dilahirkan di Kampung Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957

Beliau telah dibesarkan di Kemaman. Telah mendapat pendidikan sekolah rendah dan menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, beliau telah mengikuti latihan sebagai Bakal Pegawai Kadet di Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) Sekolah Pegawai Kadet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson dan seterusnya di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi sebagai Pegawai Kadet. Beliau ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 25 Mei 1977.
Memegang pelbagai jawatan sebagai Pemerintah dan Pegawai Staf dalam organisasi ATM.
Dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral pada 2008 dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat, kemudiannya menjawat jawatan Ketua Staff Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai 31 Oktober 2009.
Dinaikkan ke pangkat Jeneral dan memegang jawatan Panglima Tentera Darat mulai 15 Jun 2013.
16 Disember 2016, diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-19.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Norlida binti Haji Abdul Mubin dan telah dikurniakan tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Untuk Rujukan: https://www.facebook.com/100076354482544/posts/372899238598556/?mibextid=WC7FNe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...