MACHANG :
Banjir besar yang melanda Kelantan pada penghujung Disember lalu secara
langsung menyerlahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin
PAS, tegas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Beliau
lantang mengaitkan Bah Kuning ini disebabkan aktiviti pembalakan, pertanian dan
penggondolan tanah yang dilakukan secara tidak terkawal.
Sehubungan
itu Ahmad mendesak PAS Kelantan memohon maaf terhadap seluruh rakyat di negeri
itu yang kini terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan setelah banyak
kediaman musnah dihanyutkan banjir, kerosakan harta benda, selain menyebabkan
kehilangan nyawa.

