Isnin, 21 April 2025
Rabu, 13 Mac 2024
HADI AWANG SUDAH KETERLALUAN, TUNJUK PANDAI????
Pada 29 Februari, Abdul Hadi Awang, presiden parti Islam PAS Malaysia yang kelihatan tidak tersentuh, menerima teguran yang jarang berlaku daripada diraja.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menggelitik baginda mengenai beberapa kenyataan yang dibuatnya dalam menyeru umat Islam, termasuk hakim, ahli parlimen dan sultan pelbagai negeri dalam persekutuan, untuk mempertahankan Islam.
Pejabat Diraja Selangor, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam talian, berkata: “Ucapan sinis Hadi secara tidak langsung mengaitkan titah sultan dengan sikap Raja-raja bahawa mereka mesti mengambil berat tentang akhirat dan bukan mengejar kepentingan dunia semata-mata, adalah paling tidak wajar dan kurang sopan, memandangkan budaya Melayu sentiasa menghormati dan bersopan santun ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.
“Kenyataan Hadi itu bukan sahaja mengelirukan malah boleh menimbulkan keresahan yang akhirnya boleh membawa kepada keretakan perpaduan umat Islam, khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.”
Selasa, 12 Mac 2024
HADI CUBA PUTAR BELIT TAKRIF RASUAH???
KUALA LUMPUR: Takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, sumbangan kepada pihak yang memerlukan dan bukan atas tujuan peribadi sama ada individu atau masyarakat umum, tidak harus dimasukkan dalam makna rasuah.
"Maka, tiada orang akan menjadi mangsa akibat kesalahan daripada tindakan undang-undang yang dizalimi, bukan kerana kesalahannya mengikut hukum Allah SWT.
"Pada masa sama, ia perlu diambil kira dari segi ekonomi pendapatan atau gaji yang cukup bagi keperluan diri dan keluarga," katanya dalam kenyataan Minda Presiden PAS melalui akaun Facebook rasmi beliau, hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, berdasarkan sudut syariat, kesalahan rasuah perlu dikenakan hukuman bertujuan mendidik pelaku dan masyarakat.
Beliau menjelaskan, hukuman dikenakan harus mengikut jenis kesalahan berdasarkan ijtihad pemerintah dan ahli perundangan yang beriman.
"Hukuman dikenakan adalah seperti sebatan yang memalukan dan tidak mencederakan jasad, bukan sekadar dikenakan denda yang boleh dibayar.
Lebih malang, jika pesalah rasuah mendapat hukuman penjara 'VIP'," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pencegahan amalan rasuah perlu dilaksanakan sama seperti mencegah wabak penyakit, iaitu dengan tindakan sempurna dan menyeluruh.
"Pencegahan sesuatu penyakit haruslah bermula dengan kempen kefahaman dan kesedaran, disusuli pencegahan menggunakan vaksin dan ubat, langkah kuarantin serta tindakan undang-undang.
"Justeru, kerja pencegahan menjadi sia-sia jika sekadar melakukan kempen saja tanpa pencegahan, vaksin dan ubat, langkah kuarantin serta tindakan undang-undang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/782166/takrif-rasuah-perlu-dikaji-dari-sudut-pandangan-islam
Sabtu, 9 Mac 2024
Kertas siasatan terhadap Hadi dirujuk ke peguam negara – KPN
Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sudah dihantar kepada pejabat peguam negara (AGC).
Bercakap kepada Berita Harian, Razarudin berkata polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan kini menunggu arahan daripada AGC.
“Abdul Hadi sudah dirakam percakapan pada Selasa lalu oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan kita sudah hantar pada AGC (pejabat Peguam Negara), kelmarin untuk tindakan lanjut,” katanya.
Selasa lalu, polis meluangkan masa sejam merakam kenyataan ahli Parlimen Marang di ibu pejabat polis Bukit Aman, di ibu negara.
Sebelum ini, Razarudin turut mengesahkan bahawa siasatan adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 berhubung kenyataan Abdul Hadi yang disiarkan pada 20 Feb lalu.
Isnin, 4 Mac 2024
Hadi akan beri kenyataan kepada polis berhubung kenyataan menjunjung Islam
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kenyataan kepada polis petang esok berhubung kenyataannya baru-baru ini mengenai memartabatkan Islam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kenyataan Hadi akan direkodkan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 2.30 petang, lapor Utusan Malaysia.
Beliau berkata pegawai khas Hadi mengemas kini polis mengenai keadaan kesihatannya dan menetapkan mesyuarat itu untuk esok.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," Razarudin dipetik sebagai berkata.
Jumaat, 1 Mac 2024
Polis siasat kenyataan Abdul Hadi
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu siasatan dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi.
"Setakat ini keterangan Abdul Hadi masih belum diambil memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik," katanya pada Jumaat.
Tambah Razarudin, pihaknya masih menunggu waktu yang sesuai untuk memanggil dan mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu.
Sabtu, 9 Disember 2023
“Tuhan Ampun Semua Dosa Kecuali Hutang”, Pencetak Harakah Kongsi Ucapan Hadi
Pengurus syarikat bekas pencetak akhbar Harakah iaitu Hussin Jan meluahkan rasa berang apabila Pas enggan membayar hutangnya yang bernilai lebih setengah juta.
Sedangkan, Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan perintah terhadap parti itu agar membayar hutang tersebut kepada syarikatnya, NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd.
Menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, Hussin Jan memuat naik satu video yang merakamkan ceramah oleh Presiden Pas iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Cakap tidak serupa bikin, Abdul Hadi dalam ceramah tersebut memberi penegasan kepada pendengarnya mengenai kewajiban umat Islam dalam pembayaran hutang.
Abdul Hadi turut memetik hadis riwayat Ibn Umar yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabda: “Allah mengampunkan semua dosa bagi mereka yang syahid kecuali hutang.”
“Pas dakwa partinya adalah parti Islam. Tetapi tak mahu ikut ajaran Islam. Masuk mahkamah sekular kalah, hakim suruh bayar hutang. Pas nak bawa pula ke Mahkamah Tinggi untuk buat rayuan.
“Kesimpulannya Pas bukanlah parti Islam. Hanya guna Islam untuk mengelirukan umatnya. Berselindung disebalik nama Islam supaya orang Melayu terus sokong mereka dalam politik.
“Macam mana pemimpin Pas nak jadi Perdana Menteri dan selesaikan hutang negara jika hutang parti sendiri pun tak mahu bayar?,” tulis Hussin Jan di ruangan kapsyen video berkenaan.
Terdahulu, Mahkamah S
esyen hari ini telah memerintahkan Pas untuk membayar hutang RM656,233.69 kepada bekas pencetak Harakah, NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd (NAJ Press).
Hakim Lailatul Zuraida Haron@Harun mengeluarkan perintah selepas membenarkan permohonan NAJ Press selaku plaintif untuk mendapatkan penghakiman terus dalam tuntutan samannya terhadap Pas.
NAJ Press dalam saman itu turut menamakan Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung Pas dan penerbit akhbar Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan ketiga.
Susulan itu, peguam mewakili defendan iaitu Mohd Faizi Che Abu berkata pihaknya telah merancang untuk merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan hari ini.
Mohd Faizi mewakili Pas juga bakal memfailkan permohonan bagi menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu penyelesaian rayuan ke Mahkamah Tinggi.





