Sabtu, 9 Disember 2023

“Tuhan Ampun Semua Dosa Kecuali Hutang”, Pencetak Harakah Kongsi Ucapan Hadi

 


Pengurus syarikat bekas pencetak akhbar Harakah iaitu Hussin Jan meluahkan rasa berang apabila Pas enggan membayar hutangnya yang bernilai lebih setengah juta.

Sedangkan, Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan perintah terhadap parti itu agar membayar hutang tersebut kepada syarikatnya, NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, Hussin Jan memuat naik satu video yang merakamkan ceramah oleh Presiden Pas iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Cakap tidak serupa bikin, Abdul Hadi dalam ceramah tersebut memberi penegasan kepada pendengarnya mengenai kewajiban umat Islam dalam pembayaran hutang.

Abdul Hadi turut memetik hadis riwayat Ibn Umar yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabda: “Allah mengampunkan semua dosa bagi mereka yang syahid kecuali hutang.”

“Pas dakwa partinya adalah parti Islam. Tetapi tak mahu ikut ajaran Islam. Masuk mahkamah sekular kalah, hakim suruh bayar hutang. Pas nak bawa pula ke Mahkamah Tinggi untuk buat rayuan.

Kesimpulannya Pas bukanlah parti Islam. Hanya guna Islam untuk mengelirukan umatnya. Berselindung disebalik nama Islam supaya orang Melayu terus sokong mereka dalam politik.

“Macam mana pemimpin Pas nak jadi Perdana Menteri dan selesaikan hutang negara jika hutang parti sendiri pun tak mahu bayar?,” tulis Hussin Jan di ruangan kapsyen video berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah S



esyen hari ini telah memerintahkan Pas untuk membayar hutang RM656,233.69 kepada bekas pencetak Harakah, NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd (NAJ Press).

Hakim Lailatul Zuraida Haron@Harun mengeluarkan perintah selepas membenarkan permohonan NAJ Press selaku plaintif untuk mendapatkan penghakiman terus dalam tuntutan samannya terhadap Pas.

NAJ Press dalam saman itu turut menamakan Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung Pas dan penerbit akhbar Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan ketiga.

Susulan itu, peguam mewakili defendan iaitu Mohd Faizi Che Abu berkata pihaknya telah merancang untuk merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan hari ini.

Mohd Faizi mewakili Pas juga bakal memfailkan permohonan bagi menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu penyelesaian rayuan ke Mahkamah Tinggi.

https://www.malaysiadateline.com/tuhan-ampun-dosa-kecuali-hutang-pencetak-harakah-kongsi-ucapan-hadi/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...