Ahad, 17 Disember 2023

DAP WP Jangan Berani!


Disini, UMNO Batu ingin memberi amaran buat DAP WP apabila Ketuanya AP Cheras Tan Kok Wai di dlm konvensyennya sebentar tadi ingin melaksanakan pilihanraya PBT di Kuala Lumpur. Jangan cuba2 utk melaksanakan perkara yg boleh memudaratkan keharmonian warga WPKL dgn cadangan yg begitu bodoh darinya. Saya berharap & percaya ini hanya pendirian peribadi beliau & bukwn pendirian parti DAP.

Kedudukan & lantikkan Datuk Bandar KL oleh YDPA dgn cadangan dari YAB PM dibawah peruntukkan undang2nya yg tersendiri tak perlu dipertikai lagi kerana sudah hampir 50 tahun fungsi Datuk Bandar diperkenalkan. Ingat DAP adalah sebahagian dari kerajaan perpaduan dan apa sahaja keputusan dasar perlu mendapat persetujuan rakan kerajaannya iaitu UMNO yg pasti tidak akan membenarkan cadangan ini dilaksanakan.

Akhir kata, Sebagai Ketua UMNO Bhgn Batu WP saya membantah sekeras-kerasnya cadangan bodoh ini. Jangan berani cuba2 laksanakan. Langkah mayat saya dulu & tidak akan berdiam diri. Saya rasa sudah cukup dgn perangai melampau veteran DAP TS Lim Kit Siang, YB Tan Kok Wai jangan lagi menambah kebencian orang2 Melayu di WPKL terhadap DAP lagi. Mohon SUA DAP YB Anthony Loke menegur "parasit" DAP sprt YB Tan Kok Wai ini. Sekian.

Gulam Muszaffar

Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP

17hb Dis 2023

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/12/17/start-local-elections-in-kl-first-says-dap-kl-chief/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...