Memaparkan catatan dengan label Bantuan RM100. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantuan RM100. Papar semua catatan

Khamis, 17 November 2011

PIBG jangan potong duit bantuan RM100: Muhyiddin

Image Detail

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.

PENYERAHAN BANTUAN KHAS RM100 KEPADA PELAJAR SEK. MEN. KEB. RUSILA


RUSILA 16/11/2011 - Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila, Marang, Terengganu telah diadakan pada 16/11/2011 mulai jam 12.00 t/hari yang telah dirasmikan oleh YB Senator Abdul Rahman Bakar dan turut dihadiri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Rabu, 16 November 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2011 SEK. KEB. BATANGAN


Batangan 16/11/2011 - Hari Anugerah Kecermelangan Murid 2011 dan Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012, Sekolah Kebangsaan Batangan, Marang, Terengganu telah diadakan pada hari ini di Dewan Mohd. Ali, sekolah tersebut.  Majlis telah disempurna serta dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 - SEK. KEB. KELULUT, MARANG


Kelulut 16/11/2011 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi Prasekolah serta Penyampaian Bantuan RM100 kepada pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kelulut, Marang, Terengganu telah diadakan pada hari ini bermula jam 9.30 pagi.  Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha MB Terengganu, Dato' Wan Ahmad Nizam bin Wan Abd. Hamid. Turut hadir Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pengerusi JKKK Kg. Kelulut.

Selasa, 15 November 2011

BANTUAN RM100 KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 1 - 6 SEK. KEB. MARANG


Marang 15/11/2011 - Pengagihan Bantuan Kerajaan berupa wang tunai berjumlah RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan dan Menengah dari tahun 1 hingga tahun 6, telahpun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Bagi Sekolah Kebangsaan Marang pengagihan bermula pada hari ini mulai jam 10.00 pagi yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Rabu, 12 Oktober 2011

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Diagih Disember, 2011


Image Detail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah Disember depan bagi membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan bagi sesi 2012.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selain bantuan berkenaan, pemansuhan yuran persekolahan mulai sesi persekolah tahun depan turut membolehkan rakyat negara ini menikmati pendidikanpercuma sepenuhnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...