Memaparkan catatan dengan label Syeikh Abdul Hadi Awang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syeikh Abdul Hadi Awang. Papar semua catatan

Khamis, 6 November 2014

HADI GAGAL TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT


Sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen/DUN Marang, Hadi masih gagal untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat.

Apakah halal elaun yang diterima oleh HADI  selama ini ??????

MARANG - “Kami bersyukur dan gembira kerana ada pihak yang sudi menyumbangkan kerusi roda untuk kegunaan Puteri Balqis. selepas ini dia lebih senang bergerak kerana sudah ada kerusi roda baru,” kata Saad Mamat, 54.

Saad merupakan bapa kepada Puteri Balqis, 6, yang dilahirkan tanpa kedua-dua kaki dan terpaksa mengesot untuk bergerak di dalam rumah, namun sumbangan kerusi roda yang diterima kini dapat memudahkan pergerakannya.

Menurut bapa 11 anak ini, bantuan kerusi roda yang diterima itu kelak dapat digunakan untuk membawa Balqis keluar bersiar-siar di luar.

“Dia boleh bergerak sendiri tetapi terbatas, bergerak hanya di dalam rumah. Dengan adanya bantuan kerusi roda berkuasa tinggi ini ia akan dapat memudahkan kami bawanya keluar bersiar-siar dan sebagainya,” katanya.

Saad berkata demikian selepas menerima bantuan itu yang disampaikan Umno Bahagian Marang diketuai Timbalannya juga Pengerusi Penyelaras Dun Rhu Rendang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku di Kampung Belubur, Rusila di sini.


Rabu, 10 September 2014

SYEIKH ABDUL HADI HILANG KUASA PRESIDEN PAS ??

Hadi langgar perlembagaan parti, kata biro undang-undang PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara.

Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.


Selasa, 26 Ogos 2014

TAHNIAH SYEIKH ABDUL HADI AWANG !!!!


Gembira bercampur lega (KLIK) dengan pelantikan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau dilantik bersama Mufti Oman.

Manakala Tuan Guru Abdul Hadi sendiri ulama yang terjun dalam politik kepartian di Malaysia menggambarkan keterbukaan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama Islam seluruh dunia yang menyertai muktamar kesatuan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...