Colombo:
Seorang Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka berusia 60-an ditahan hari ini,
berhubung dakwaan dia melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.
Sarath
de Abrew ditahan untuk siasatan selepas polis menerima laporan dia cuba memaksa
seorang wanita berusia 39 tahun melakukan seks di pinggir Colombo dan memukul
mangsa apabila wanita itu enggan.
Menurut
seorang pegawai polis, hakim berkenaan dihadapkan ke mahkamah majistret
dibebaskan dengan ikat jamin setengah juta rupee (RM14,400).
