Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan

Selasa, 2 April 2013

DUN Rhu Rendang PALING RAMAI Di Marang Menerima BR1M !

Post Pic
Bulan lepas Haji Hadi dilaporkan telah memperBODOHkan mereka yang menerima BR1M - KLiK - 


"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," 

Kenyataan itu dilihat sebagai menambahHINAkan lagi rakyat yang menerima BR1M setelah Nik Aziz menyifatkan mereka sebagai ayam, itik dan lembu - KLiK 

Hairan juga kan kenapa Haji Hadi boleh melenting begitu ...bukannya Hadi tak tahu yang kenyataannya memBODOHkan penerima BR1M bakal memakan diri. Atau mungkin Hadi sememangnya tengah PANAS kerana mendapat tahu dalam Parlimen Marang, penduduk kampungnya sendiri iaitu Kampung Rusila merupakan penerima BR1M PALING RAMAI ! 

Apakah Hadi sudah mula goyang setelah mendapat tahu statistik dikampungnya sendiri - KLIK LAGI DISINI

Selasa, 26 Februari 2013

Hadi samakan BR1M dengan habuan Firaun


SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan serangan terhadap Barisan Nasional apabila menyifatkan  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.

Sabtu, 23 Februari 2013

NIK AZIZ SAMAKAN PENERIMA BR1M DENGAN BINATANG


Tindakan Mursyidul Am Pas, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti haiwan adalah disebabkan beliau bimbang penyokong Pas yang turut menikmati bantuan daripada Kerajaan Pusat itu akan memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata disebabkan BR1M diagihkan kepada semua rakyat negara ini tanpa mengira latar belakang politik termasuk penyokong Pas sendiri, Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana marahkan penyokong parti yang dipimpinnya itu sanggup menerima bantuan daripada Kerajaan BN. 


Rabu, 20 Februari 2013

Janji Ditepati - Pengagihan BR1M Siri ke 6 & 7 Peti Undi P/Kerengga & Rusila


Rhu Rendang 19/02/2013 - Janji Ditepati 'Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) siri ke 6 dan 7 bagi Peti Undi Pulau Kerengga dan Rusila berlangsung pada hari ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang, di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Seramai 844 orang menerima bantuan terdiri daripada Kg. Pulau Kerengga, Kg. Gong Beris dan Kg. Kuala Tengah disebelah paginya.  Manakala disebelah petangnya pula dari RUSILA (304 orang), Taman Rashidah (114 orang) dan Taman Bukit Indah (8 orang), dengan pembayaran tunai berjumlah RM422,000.00.

Khamis, 14 Februari 2013

Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Fasa I


Rhu Rendang 13/02/2013 - 'Janji Ditepati - Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) bagi Fasa I DUN Rhu Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi.

Seramai 504 orang penerima bantuan terdiri daripada penduduk Medan Jaya, Medan Jaya 1, Kg. Sentol Patah, Kg. Tertak Batu dan Kg. Gong Nangka.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang dibantu oleh Penghulu Mukim Pulau Kerengga dan Rusila serta petugas-petugas APMT Daerah Marang.

Rabu, 2 Mei 2012

Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) DUN Rhu Rendang Peringkat Akhir


Rhu Rendang 30/04/2012 - Pengagihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia DUN Rhu Rendang sampai ke kemuncaknya bagi pembayaran oleh PPD. Perkara ini telah dinyatakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, semasa penyampaian BR1M yang telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Sabtu, 14 April 2012

TIADA SEBAB KENAPA RAKYAT MENOLAK KEPIMPINAN BN!!!


Image Detail
Segala janji sudah banyak dilaksanakan dalam tempoh empat tahun pemerintahan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Malah, nikmat pembangunan dirasai segenap lapisan masyarakat tanpa mengira mereka penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Tanpa mengira ideologi politik pembangunan tetap berjalan di semua kawasan secara adil dan tiada yang diketepikan. Malah, dalam kes tertentu kawasan pembangkang pula menerima dana paling tinggi berbanding kawasan yang dimenangi BN.

Ahad, 8 April 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA FASA KE LIMA DUN RHU RENDANG


Marang 08/04/2012 - Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia Fasa Ke Lima bagi DUN Rhu Rendang telah diadakan di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang, Terengganu.  Seramai 388 orang penerima bantuan hadir sejak jam 8.30 pagi.

Sabtu, 31 Mac 2012

Penerima BR1M DUN Rhu Rendang Berterima Kasih Kepada BN



Jika 7,000 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bersama isteri dan suami atau anak masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang dianggarkan bersamaan 14,000 pengundi memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, BN boleh memenangi kerusi DUN ini, kata Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.


Sabtu, 3 Mac 2012

BR1M Terengganu RM87 juta


Lebih RM87 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat untuk diagihkan kepada hampir 175,000 orang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negeri Terengganu.

Sehingga ini, kira-kira 80 peratus daripada penerima bantuan RM500 setiap orang, sudah menerima bantuan masing-masing manakala selebihnya akan mendapat habuan mereka tidak lama lagi.

Isnin, 6 Februari 2012

Penerima terharu terima bantuan


Penduduk Terengganu terharu dan melahirkan rasa syukur di atas pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan untuk mereka seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) bantuan anak sekolah dan bantuan kepada pelajar pusat pengajian tinggi.

Perasaan sama turut dizahirkan penduduk di Parlimen Marang terutama yang menerima bantuan enjin sangkut dan kerusi roda sempena Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, baru-baru ini.

Sabtu, 4 Februari 2012

Kehadiran 10,000 penduduk tanda terima kasih


Kehadiran lebih 10,000 penduduk setempat menyambut kedatangan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak bersama Isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada Program Lawatan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM) hari ini, menandakan rakyat boleh menerima angin perubahan yang dilaksanakan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Isnin, 16 Januari 2012

PELANCARAN AGIHAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) PARLIMEN MARANG


Marang 15/01/2012 - Program Pelancaran Agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia Bahagian Parlimen Marang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang.  Perasmian dilaksanakan oleh YB Senator Datuk Abdul Raman Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang. Turut hadir dalam pelancaran tersebut adalah Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong - En. Zaidi Muda dan Pegawai Daerah Marang - Tuan Haji Abdul Rahman Ali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...