Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan kesemua sayap UMNO untuk bersama-sama mengembalikan kekuatan parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata anggota setiap sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan penting untuk menentukan kelangsungan UMNO sebagai parti yang berwibawa.
"Kita amat menghargai peranan, khidmat bakti dan sumbangan setiap sayap UMNO. Kalau semua mainkan peranan, saya percaya kita dapat laksanakan dasar yang inklusif dan berkesan meliputi semua kelompok masyarakat.