Rhu Rendang 16/02/2013 - Program 'Titian Kasih' Pemimpin bersama Veteran UMNO DUN Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 10.00 pagi. Seramai 250 orang Veteran UMNO hadir termasuk Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK, Ketua Penyelaras Pemuda DUN dan diakhirI dengan jamuan makan tengahari.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO DUN Rhu Rendang selaku Pegawai Pembangunan DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, mengucapkan jutaan terima kasih keatas semua Veteran UMNO yang hadir dan boleh memberi nafas kepada
kedudukan politik Melayu di DUN Rhu Rendang ini menerusi usaha menarik atau
memujuk ahli keluarga atau saudara mereka menjadi pemilih berdaftar.