Khamis, 28 Februari 2019

DARI FAIL SPRM: GUAN ENG TELAH MENERIMA SOGOKAN 10% TETAPI PEGUAM NEGARA TELAH MENGKUBURKAN KES


MALAYSIA TODAY AKAN MENDEDAHKANNYA satu per satu dokumen kes ini dalam masa beberapa hari lagi untuk membuktikan KERJASAMA JENAYAH antara Peguam Negara, SPRM dan pemimpin Pakatan Harapan yang menyembunyikan rasuah BERKAITAN DENGAN TEROWONG BAWAH LAUT dan bukan itu sahaja, mereka juga menyembunyikan jumlah sogokan yang Guan Eng dan beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan telah terima. Tunggu sahaja dari kami di Malaysia Today.

ZARUL AHMAD MOHD ZULKIFLI memberitahu SPRM bahawa dia telah merasuah Lim Guan Eng sebanyak 10% dari kos projek tersebut

Zarul telah ditahan pada 9 Januari 2018 dan laporannya telah direkod pada 12 Januari 2018

Siasatan itu telah pun diselesaikan oleh SPRM pada April 2018, tetapi SEBELUM SEMPAT MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN KERAJAAN TELAH PUN BERTUKAR dan Tommy Thomas telah dilantik untuk menjadi Peguam Negara yang baru.
TOMMY THOMAS TELAH MENGARAHKAN SPRM UNTUK MENUTUPKAN KES tersebut dan menandakannya sebagai NFA (NO FURTHER ACTION)
Malaysia Today akan mendedahkannya satu per satu dokumen kes ini dalam masa beberapa hari lagi untuk membuktikan kerjasama jenayah antara Peguam Negara, SPRM dan pemimpin Pakatan Harapan yang menyembunyikan rasuah berkaitan dengan terowong bawah laut dan bukan itu sahaja, mereka juga MENYEMBUNYIKAN jumlah sogokan yang Guan Eng dan BEBERAPA PEMIMPIN DARI PAKATAN HARAPAN TELAH TERIMA. Tunggu sahaja dari kami di Malaysia Today.

Fail dari SPRM yang lebih kurang 200 muka surat ini akan menhancurkan Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Harapan

Rujukan: https://www.malaysia-today.net/2019/02/24/__trashed-35/

Ahad, 24 Februari 2019

#ISU 90 JUTA: KETUA PESURUHJAYA SPRM LETAK JAWATAN ???


KUALA TERENGGANU – SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) MENGESAHKAN TIADA SEBARANG TRANSAKSI DANA RM90 JUTA DARI 1MDB DISALURKAN KE AKAUN BANK RASMI PAS setakat ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika mengesahkan perkara itu berkata, siasatan SPRM memang TIDAK MENEMUI SEBARANG BUKTI RM90 yang dikatakan dana 1MDB masuk ke dalam akaun parti itu.
“Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) Pas,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.
Mohd Shukri berkata demikian ketika ditanya wartawan selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Baru-baru ini Shukri berkata, beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi berhubung siasatan mengenai dakwaan tersebut sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Antara saksi yang dipanggil membantu siasatan adalah anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas PENGERUSI BERSIH, S AMBIGA dan PENGERUSI PAKATAN HARAPAN KELANTAN, HUSAM MUSA.
Artikel oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). – MalaysiaGazette

Selasa, 19 Februari 2019

#PRK SEMENYIH: LUAHAN HATI PENYOKONG TEGAR PKR


Surat terbuka dari Penyokong Kuat PKR untuk Pengundi Semenyih.

Boleh saya cadangkan AGAR ANDA TIDAK MENGUNDI PH..

Sayalah antara jentera sayap PKR yang paling lantang memperjuangkan ketidak adilan Kerajaan BN dari zaman Tun Mahathir. Sayalah pemuda di zaman Reformasi sehingga ke zaman perubahan Perdana Menteri selain Tun Mahathir sehingga kembali kepada Tun Mahathir semula. Terlibat didalam perancangan INI KALILAH! BERSIH! Sehinggalah Kemenangan Pakatan Harapan di PRU14. TAPI HARI INI SAYA RASA DIKHIANATI.

Sebangsat bangsat BN hak orang melayu dijaga. Hak agama dipelihara dan Raja Raja melayu dihormati. Hak Tuan Tanah sentiasa terpelihara. TETAPI HARI INI Hak bangsa melayu diketepikan, Agama dianggap mudah Dan kedaulatan dihina tanpa pembelaan langsung. Mana suara semua pemimpin PH yang lantang dahulu? Mana suara wakil wakil saya yang hari Ini semua sudahpun menjadi Menteri. Sudah mampu membuat perubahan. Kuasa sudah rakyat berikan ditangan.

Terkenang Kembali apabila kami menang PRU14. Saya dan rakan rakan berarak diKuala Lumpur dengan Bendera PKR dijalanan meraikan kemenangan. Saya lega kerana banyak perubahan yang dicanangkan oleh para pemimpin PH dan perjuangan saya selama adalah perjuangan yang betul, Inilah kebangkitan rakyat. Hari Ini PH berjaya menjadi kerajaan dan akan tunjukan bagaimana sebuah Kerajaan pilihan rakyat yang berfungsi dengan telus dan berintegriti tidak seperti kerajaan dahulu penuh dengan korupsi.

HARI INI TIMBUL PULA ISU SIJIL PALSU, tambah lagi bola tanggung, jika sebelum ini rakan rakan orang kuat BN selalu mengusik saya berkaitan Janji manifesto Pakatan Harapan. Saya hanya mampu tersenyum, kelat. Sudah beratusan hari memerintah akhirnya dengan mudah MENYATAKAN MANIFESO BUKAN JANJI YANG WAJIB DITUNAIKAN

Kejayaan Kerajaan hari ini ialah mendapatkan projek untuk kroni. Memusingkan program minda dari melayu mampu berjaya ke Melayu Itu malas berkerja. Jurang keharmonian masyarakat berbilang bangsa semakin membesar. Kejayaan, menukar lembaga pengarah Khazanah bagi mengesan semua aset dan duit Kerajaan. Menjual aset aset kerajaan. Penukaran pengarah di agensi kerajaan yang mempunyai aset dan dana orang melayu seperti Mara, Tabung Haji, Felda, Felcra, GST Refund Dan lain lain. Apa semua Ini? Saya tidak pun memperjuangkan semua iniI!!

LEBIH SEDIH AGAMA ISLAM, BANGSA DAN KEDAULATAN DIPERKOTAK KATIKKAN tanpa pembelaan sehingga rakyat sendiri berkumpul merealisasikan bantahan ICERD. Saya sendiri hadir ke Dataran menyaksikan dan malu dengan penentangan rakyat. Penindasan dan ketidakselesaan orang Islam mula dilihat disana sini. Tanpa ada pembelaan langsung dari Menteri Melayu Islam PH. MEMALUKAN. Jangan dibuka kisah Muhammad Adib. Sedih.

Jadi TIDAK GUNA KITA PANGKAH PH kerana kemenangan Itu hanya untuk menambah Boneka dan MENGUATKAN KUASA DAP yang hanya akan terus memecah belahkan dan melemahkan orang Melayu diTanah Melayu milik Orang melayu ini. TUN MAHATHIR SENDIRI MENGAKUI BAHAWA DIA HANYA MENGIKUT TELUNJUK DAP. Yang nyata kami mohon agar saudara semua di Semenyih tidak mengundi PH selagi Agama, Bangsa dan Tanahair rasa diancam. Saya secara peribadi selagi tidak tutup Tol dan minyak RM1.50 seliter, jangan mimpi sokongan dari saya lagi. Cukup cukuplah dengan alasan pita rosak memburukkan pemimpin dahulu dengan fitnah, fakta palsu rakyat sudah mula sedar dan mual. Kami hari Ini telah 'walk the talk' kami tukar kerajaan. Bersedialah.

Rujukan: https://www.facebook.com/zakaria.ibrahim.315865/posts/569211193597057


Ahad, 17 Februari 2019

BERBOHONG ADALAH SIKAP MAHATHIR YANG SEBENAR


CHUKAI: PAS menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai pertemuannya bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah bersifat politik yang MEMANIPULASI PERTEMUAN.
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata beliau dimaklumkan bahawa pertemuan antara Presidennya dengan Perdana Menteri hanya MEMBINCANGKAN BERKENAAN SOAL PENTADBIRAN NEGERI, WANG ROYALTI MINYAK DAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (MTEN).
Bagaimanapun, Nasrudin berkata beliau tidak dimaklumkan sebarang maklumat berhubung pendedahan Perdana Menteri itu, malah beliau turut terkejut dengan kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri itu.
“Saya ada bertanyakan mengenai perkara ini kepada Presiden sendiri tadi, beliau pun kata tiada apa-apa... pertemuan itu seperti mana diberitahu beliau pada majlis semalam (Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Alor Limbat),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ijtimak Siber Malaysia yang turut dihadiri Hadi di sini, hari ini.
Nasrudin berkata, jika dilihat daripada sikap pimpinan parti untuk penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih hari ini, menunjukkan tiada masalah kerana antara yang turun hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) adalah Naib Presidennya, Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria.
“Malah, pada penamaan calon tadi pun kita memberi sokongan kepada calon BN sebagai team (pasukan) pembangkang,” katanya.
Beliau berkata, pada pertemuan antara Perdana Menteri dan Presidennya itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS sendiri, namun Takiyuddin turun padang memberi sokong kepada calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih hari ini.
“Saya tidak tahu bagaimana beliau (Dr Mahathir) boleh mengeluarkan kenyataan demikian sedangkan pimpinan PAS tidak ada memaklumkan perkara itu.
“Sama ada saya kena dapatkan penjelasan lanjut atau saya kira kenyataan Perdana Menteri itu hanyalah kenyataan politik bersifat memanipulasi pertemuan Allahu A’lam... tapi saya terkejut dengan kenyataan itu,” katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir mendedahkan bahawa PAS tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih dan mendakwa mempunyai pengakuan secara bertulis dan ditandatangani ketika pertemuannya dengan Abdul Hadi di Yayasan Al-Bukhari semalam.
Rujukan: KLIK DISINI

Selasa, 12 Februari 2019

PM HINA PINGAT KEBESARAN ???


Kerja Sampai Mati - BINTANG KEBESARAN PALING SAYA MINATI

Ini negara kita, kita dilahir di sini, dibesar di sini, berkahwin di sini, dapat anak di sini dan anak kita dapat banyak manfaat daripada negara ini. Tak sayangkah kita kepada negara kita ini? katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu dan calon PH bagi PRK berkenaan M Manogaran. Dr Mahathir pertama kali dilantik menjadi perdana menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.

Berumur 93 tahun, Dr Mahathir turut mencipta sejarah apabila menjadi perdana menteri tertua di dunia dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003. Pada usia yang kini mencecah 93 tahun, Dr Mahathir berkata baginya, darjah kebesaran lain tidak lagi begitu membawa erti.

Selagi boleh bercakap saya bercakap, dah 93 tahun dah, TAK BERAPA BANYAK TINGGAL (MASA), nak buat kerja sampai mati, bintang-BINTANG LAIN TAK ELOK (BAGI SAYA) yang elok ialah KSM, itu bintang yang saya minati, katanya.

Sebaik selesai berucap, Dr Mahathir bersama-sama pemimpin Muslim yang lain menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini. Selesai solat, beliau beramah mesra bersama jemaah masjid sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Rujukan: KLIK DISINI

Sabtu, 9 Februari 2019

#MENTERI TAK BERKUALITI: ‘DULU KITA SAMA-SAMA bantah AES TAPI KERANA WANG????


MENTERI PENGANGKUTAN, Anthony Loke Siew Fook dibidas kerana MENAMBAH KAMERA Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di lebuh raya walaupun membantah pemasangan alat itu semasa menjadi pembangkang.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rasah, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah berkata, beliau dan Anthony PERNAH BERSAMA-SAMA MENENTANG pelaksanaan kamera itu yang dulunya dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, kata aktivis dakwah itu
APABILA BERGELAR MENTERI, Anthony menyokong sistem yang dijenamakan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai Awas.

“Loke Siew Fook merupakan sahabat dan kenalan saya kerana kami pernah bekerjasama ketika saya memegang jawatan Ketua AMK Cabang Rasah dan beliau merupakan Ahli Parlimen Rasah ketika itu.

“Walaupun saya kenal saudara namun saya tetap tidak setuju dengan tindakan beliau tentang AES kerana dulu cakap lain sekarang jadi menteri cakap lain,sekali gus ia melemahkan kepercayaan kita terhadap kerajaan.

“Adakah ia membawa erti bahawa DULU KITA BANTAH AES kerana ia diperkenalkan kerajaan BN? Namun bila kerajaan PH nak tambah lagi (kamera) kita kena sokong hanya kerana ia dilakukan oleh kerajaan PH? Mana HILANGNYA INTEGRITI WAHAI SAHABATKU yang dulu pernah menentang AES bersamaku?,” katanya.

Muhd. Zamri yang merupakan Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia memuat naik kenyataan itu menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

Menurut beliau, RAKYAT PERLU BERHATI-HATI DENGAN AHLI POLITIK YANG BOLEH MENGUBAH PENDIRIAN mereka selepas diberikan kuasa.

“Apabila ahli politik MENJILAT KEMBALI LUDAHNYA ia merupakan satu peringatan yang keras buat kita bahawa jangan percaya kepada ahli politik kerana mereka boleh ‘U turn’ pada bila-bila masa saja jika mereka menang,” katanya.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban baru-baru ini berkata, sebanyak 11 lagi kamera Awas akan dipasang di lebuh raya dengan SETIAP KAMERA DIANGGARKAN BERHARGA RM200,000.
Pada masa ini terdapat 45 kamera yang beroperasi bagi merakam pemandu yang memandu melebihi had laju di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...