Memaparkan catatan dengan label Datuk Husam Musa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Husam Musa. Papar semua catatan

Khamis, 2 Jun 2016

HUSAM MEROYAN SATELAH CERAI TALAK TIGA

Sewajarnya Datuk Husam Musa merujuk kes pemecatannya dari PAS yang “masih disayanginya” itu kepada Pendaftar Pertubuhan ROS dan bukan menggunakan pelbagai alasan dan ruang untuk terus mengkritik PAS.

Langkah ini adalah lebih waras dan bijaksana memandangkan Husam menggunakan hujah bahawa pemecatannya itu tidak mengikut tatakelola dan perlembagaan parti.

Justeru sebarang keputusan atau tindakan pimpinan parti sebagai sebuah pertubuhan politik berdaftar dengan ROS mestilah dirujuk kepada pertubuhan berkenaan untuk mendapat keadilan untuk dirinya.

Isnin, 9 Mei 2016

“Bagus juga pecat, kerana Pas dah rugi banyak

RANTAU PANJANG - “Bagus juga pecat, kerana Pas dah rugi banyak kerana pertahan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa,” kata Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas, semalam.

Razak berkata, tidak ada baiknya mempertahankan Husam kerana kritikannya tidak pernah memberi kebaikan kepada Pas.

Menurutnya, kelab ini menyambut baik pemecatan Husam dalam Pas kerana ia akan menguatkan lagi kepimpinan Pas.

Lebih-lebih lagi katanya, pemecatan itulah yang dinanti-nantikan oleh Husam selama ini, bukan hanya kerana mahu menyertai parti lain malah terlepas daripada Baiah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...