Isnin, 9 Mei 2016

“Bagus juga pecat, kerana Pas dah rugi banyak

RANTAU PANJANG - “Bagus juga pecat, kerana Pas dah rugi banyak kerana pertahan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa,” kata Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas, semalam.

Razak berkata, tidak ada baiknya mempertahankan Husam kerana kritikannya tidak pernah memberi kebaikan kepada Pas.

Menurutnya, kelab ini menyambut baik pemecatan Husam dalam Pas kerana ia akan menguatkan lagi kepimpinan Pas.

Lebih-lebih lagi katanya, pemecatan itulah yang dinanti-nantikan oleh Husam selama ini, bukan hanya kerana mahu menyertai parti lain malah terlepas daripada Baiah.


Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kelab, Datuk Adnan Mohd Zain berkata, berkata, pihaknya menyifatkan tindakan Husam menangis dalam Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kubang Kerian sebagai lakonan yang melucukan.

Menurutnya, Husam menangis mungkin disebabkan terlalu gembira kerana dipecat dari Pas.

Ia katanya, tidak memberi maksud sedih semata-mata sebaliknya tangisan juga menggambarkan seseorang berasa terlalu takut, malu atau sakit.

Bersambung: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...