Isnin, 30 Mei 2016

PRESIDEN MIC MACAM LALANG ???

SUBANG JAYA: Presiden MIC, Datuk S Subramaniam bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain akan meletakkan jawatan daripada kabinet jika hudud dilaksanakan.

"Jika selepas semua usaha kami hudud masih dilaksanakan, saya akan meletakkan jawatan dalam kerajaan," katanya dalam mesyuarat luar biasa (EGM) MIC di Subang Jaya hari ini.

Pengumuman beliau disambut dengan tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Semalam Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengancam akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya hudud diluluskan.


Tindakan ini sebagai respon kepada kerajaan yang tidak berunding dengan parti-parti komponen BN, menyokong pembentangan RUU persendirian yang dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun juga akan mengikut jejak langkah Tiong Lai dalam apa jua keputusan yang dibuat.

Terbaru, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong juga bersedia melakukan perkara yang sama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...