Ahad, 1 Mei 2016

PM Beri Kepercayaan Untuk Saya Terus Tadbir Terengganu - 'Tahniah Ahmad Razif

MAT NELANG MEROYAN ???

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan kesyukuran di atas berakhirnya kemelut yang melanda negeri itu sejak dua minggu lalu itu.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di atas komitmen dalam menyelesaikan kemelut berkenaan, seterusnya memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus mentadbir Terengganu.

"Syukur ... saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan terhadap saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.


"Segala spekulasi serta tanggapan yang dibuat sepanjang minggu lalu telahpun terjawab pada hari ini melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

"Oleh itu, saya menyeru kepada semua kepimpinan negeri Terengganu untuk terus bergerak ke hadapan dan berjuang untuk negeri dan rakyat demi kesejahteraan semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sebelum ini timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada beliau berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Bagaimanapun Najib awal hari ini berkata, Ahmad Razif kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu pada Sabtu untuk membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...