KUALA TERENGGANU
– Kemelut yang melanda Negeri Terengganu yang melibatkan isu penarikan
gelaran dan darjah kebesaran kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman
dijangka akan dapat diselesaikan.
Menurut
sumber kerajaan negeri perkara itu merupakan isu salah faham dan dijangka bakal
selesai dalam masa terdekat.
“Tak,
isu kecil dan laporan berita tersebut banyak yang tak betul dan perkara ini
dijangka akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
“Pada
saya apa pun kita sepatutnya tunggu kenyataan rasmi dari pihak Istana
Terengganu, mohon jangan sebarkan spekulasi,” katanya yang meminta agar
identitinya dirahsiakan.
Terdahulu,
Sultan Terengganu dikatakan murka terhadap ucapan Menteri Besar itu ketika
mengiringi Baginda solat Jumaat kelmarin