KUALA TERENGGANU - Hayat seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
kampus Tembila di sini ternyata panjang apabila dia terselamat daripada menjadi
mangsa patukan ular tedung selar yang memasuki bilik asramanya tiga hari lalu.
Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, pelajar lelaki itu difahamkan baru bangun daripada tidur dan
terperanjat besar apabila melihat reptilia yang berukuran kira-kira tiga meter (m) sedang ‘menyelinap’ masuk melalui pintu biliknya.
Cemas dengan keadaan itu, remaja yang berusia 20-an itu bertindak
dengan keluar melalui tingkap di tingkat satu di bangunan empat tingkat asrama
itu bagi menyelamat diri.
Difahamkan, ular itu dipercayai datang dari kawasan hutan
berhampiran.
Ular tedung selar merupakan ular berbisa terbesar di dunia, mampu
mencapai panjang sehingga 5.58 m dan boleh mencapai berat hingga 10 kilogram. -
K! ONLINE