Isnin, 11 April 2016

CERAMAH DR ZAKIR NAIK: Pelajar Perubatan Tanya Soalan Bangang

Saya baru balik daripada kuliah Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak. Ada pulak pelajar perubatan tanya soalan bangang. Soalan dia, "Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?

Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba." Soalan si gadis itu diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).


Dr Zakir pun tanya balik, "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". Student tu pun jawab, "RM3600 setahun". Terkejut Dr Zakir. Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah RM100k. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak utk belajar perubatan.

Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal.

Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali. "But please dont blame your government," katanya.

Padan muka budak tu. Nak cari kesalahan kerajaan sangat, last2 diri sendiri yang malu. Tu la, pegi la dengar ceramah politik lagi. Elok2 otak tu cerdik, terus jadi bangang.


Sumber: Facebook Hazlyn Ismail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...