Isnin, 4 April 2016

Masa depan politik Mat Nelang akan berakhir

Adun Kijal, Mat Nelang mendakwa Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan Menteri Besar dan mesej ini ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja Tuanku pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar itu.

Menurut Mat Nelang jangan sampai Tuanku isytihar bubar DUN dan jika itu berlaku BN akan tewas pada PRN kali ini.

Dengan nada bersungguh sungguh Mat Nelang mengingatkan Perdana Menteri jangan main main dan dia akan dedahkan perkara besar berhubung MB Terengganu dan menurut Mat Nelang ini akan merugikan rakyat Terengganu sendiri sekiranya PRN diadakan.

Hakikatnya Mat Nelang cukup risau waktu ini. Jika MB Terengganu dengan restu PM memutuskan untuk mengadakan PRN bagi negeri Terenganu. Sudah pastinya Mat Nelang akan tersingkir dari menjadi calon BN dan pastinya akan dipecat dari parti UMNO.


Lebih menakutkan Mat Nelang sekiranya BN dan PAS telah pun bersama dalam satu pakatan sulit yg masih belum difahami oleh rakyat umum.

Namun BN perlu bersedia untuk menghadapi PRN dan itu lebih bermaruah berbanding melayan karenah dan ugutan Mat Nelang.

Samada BN kekal memerintah Terengganu atau pun tewas pada PRN akan datang itu tidak penting. Tetapi UMNO tidak boleh melayan karenah individu bermasalah didalam parti seperti Mat Nelang yang sentiasa mengungut itu ini.

Baru baru ini Mat Nelang mengejutkan pemerhati politik tanah air apabila membuat usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif MB Terengganu dan keadaan ini tidak pernah pun berlaku sebelum ini..

Namun usul tersebut ditolak oleh speker kerana tidak mengikut peraturan dewan.

Mat Nelang juga turut mengungut mahu dedahkan perkara besar tentang Perdana Menteri. 

Bermula dari beliau disingkir dari jawatan MB lagi. Ayat samalah diulang ulang hingga kini.

Kini ugutan mahu dedahkan "perkara besar" itu ditujukan kepada MB Terengganu pula.

Rasanya PRN Terengganu sudah tidak lama SEKIRANYA KATA SEPAKAT DENGAN PAS tidak diperolihi..

Jika ieputusan UMNO/BN mahu membubarkan DUN Terengganu dan satu pilihan Raya Negeri akan diadakan.

Masa depan politik Mat Nelang akan berakhir. 

Ugutan Mat Nelang tidak ubah budak kecil mahu terjun sungai kerana tidak dibelikan coklat oleh ibunya.

Hakikatnya membubarkan DUN lebih bermaruah dari melayan individu bermasalah didalam parti seperti Mat Nelang walau pun risiko BN tewas juga agak besar...

Dan kita lihat siapa yang kena..


Sumber: Pemerhati Politik Romzi Mokhtar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...