TOKYO – Firma
kewangan antarabangsa yang aktif membuat kaji selidik mengenai risiko
pelaburan, Kumpulan Nomura, mendedahkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri
Malaysia kekal kukuh.
Dalam laporan terbaharunya kepada pelanggan-pelanggan syarikat terkenal Jepun tersebut, imej pemimpin Malaysia itu didapati lebih kuat selepas pakatan pembangkang gagal menarik sokongan rakyat akhir-akhir ini.
Menurut laporan kajian risiko Nomura itu, penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama-sama dengan ramai pemimpin pembangkang dalam usaha menjatuhkan Najib sebenarnya langsung tidak mengugat kedudukan Najib.

Malah, kerjasama janggal itu menerusi Gerakan Selamatkan
Malaysia dan Deklarasi Rakyat konon mengumpul sejuta tandatangan lebih
menunjukkan kepincangan strategi pakatan tersebut, kata firma antarabangsa
tersebut.
“Kami percaya Najib tidak akan akur dengan tuntutan
sedemikian, seperti dapat dilihat melalui perkembangan politik tahun lalu,”
kata kenyataan Nomura melalui laporan penuh boleh diperoleh dari laman web
firma tersebut.
Menurut
firma yang berpangkalan di Tokyo itu, sebahagian besar pemimpin pakatan
pembangkang sendiri pun masih lagi meragui niat sebenar rancangan Mahathir mahu
mencetuskan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.
“Mahathir malah beri jawapan kurang jelas apabila ditanya siapakah
akan ganti Najib sebagai Perdana Menteri dan sama ada musuh Mahathir, Anwar
Ibrahim akan dibebas jika gerakan ini berjaya,” kata kenyataan Nomura.
Sementara itu, Kumpulan Nomura yang diasaskan pada 1925 dan
mempunyai pejabat penyelidikan risiko tempatan di seluruh dunia; yakin Barisan
Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Nomura bermula di Osaka lebih 90 tahun lalu dan kini memiliki
pendapatan 1.4 bilion yen pernah menggegarkan dunia apabila mengambil alih
firma sekuriti terbesar global, Lehman Brothers di Amerika Syarikat pada 2008
lalu.
Sumber: KLIK DISINI