Khamis, 7 April 2016

"Tidak Ada Masa Nak Layan, Tumpu Kebajikan Rakyat"

KUALA TERENGGANU - "Kita tidak ada masa nak layan itu semua, apa dia nak kata, katalah ... yang penting sekarang kita mahu terus  maju ke hadapan dan jaga kebajikan rakyat".

Demikian ditegaskan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika diminta mengulas kenyataan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said di Kemaman minggu lepas yang mendakwa kini Ahmad Razif sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan menteri besar.

Katanya berkata beliau tidak akan mengambil peduli mengenai apa yang diperkatakan oleh bekas menteri besar itu kerana menganggap isu berkenaan telah berakhir dan akan memberi perhatian untuk memajukan Terengganu demi kesejahteraan rakyat.


Ahmad Razif ditemui pemberita selepas Majlis Pelantikan Rasmi Bapa dan Jabatan Angkat bagi sukan-sukan yang akan menyertai Sukan Malaysia di Sarawak, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam majlis di Kemaman itu, Ahmad mendakwa beliau telah menyampaikan mesej kepada Perdana  Menter Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja baginda pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri  besar.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua Dun Datuk Mohd Zubir Embong. - Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...