Pas Terengganu minta pecat dua Adun
KUALA
TERENGGANU – Pas Terengganu akan menghantar surat meminta Pas Pusat dan Majlis
Syura Ulama memecat dua Adun Pas di Selangor yang mendahului keputusan parti
baru-baru ini.
Pendirian
itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat parti peringkat negeri yang
diadakan kelmarin dan bersetuju menghantar surat secepat mungkin sebaik isu
Menteri Besar Selangor selesai.
Pesuruhjaya
Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan dua Adun membelakangkan
parti sebagai tidak wajar dan apa yang dilakukan itu melibatkan soal wala’ atau
ketaatan kepada pemimpin serta menyentuh prinsip Pas.
