Memaparkan catatan dengan label Masjid Rusila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masjid Rusila. Papar semua catatan
Jumaat, 24 November 2023
Ahad, 6 Januari 2013
Kemurungan MOK NGOH terubat dengan kehadiran PP DUN
Rusila 05/01/2013 - Mok Ngoh, 83 tahun atau Puan Endut binti Kadir yang tinggal di no. 316, Kg. Rusila, Marang serta keluarga begitu terharu dengan kehadiran Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku beserta rombongan kerumah beliau.
Mok Ngoh yang semakin uzur, namun begitu masih boleh melihat dengan jelas serta memperkatakan sesuatu kepada yang hadir serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nik Dir diatas lawatan tersebut.
Label:
ADUN Rhu Rendang,
Haji Hadi,
Kg. Rusila,
Masjid Rusila
Rabu, 26 Disember 2012
Janji Ditepati dan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Rhu Rendang 25/12/2012 - Slogan Janji Ditepati tetap tersemat dijiwa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Meredah hujan dan banjir dengan tidak memperdulikan cuaca dipersekitaran, bersama-sama Pengerusi JKKK Kg. Rusila telah menepati kehendak warga Rhu Rendang dengan mengadakan lawatan dan tindakan serta merta ke atas mangsa rumah ditimpa pokok di Kg. Rusila berhampiran dengan MASJID RUSILA, Marang, Terengganu.
Puan Nik binti Embong, 67 tahun berasa amat terharu dengan kehadiran Tuan Haji Nik Dir ke rumah beliau, sambil menyampaikan bantuan berupa barangan serta wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung oleh warga emas ini. Selain daripada bantuan membaik pulih rumah juga akan dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan ketika ini musim tengkujuh.
Label:
Banjir,
Bencana,
DS Hj. Hadi,
Kg. Rusila,
Masjid Rusila,
Musim Tengkujuh
Jumaat, 31 Ogos 2012
Ranggok Merdeka Daerah Marang mencatat sejarah
Rhu Rendang 30/08/2012 - Pasukan Ranggok Daerah Marang, tidak ketinggalan bersama-sama menyambut Ambang Kemerdekaan yang ke 55 tahun dengan mengadakan road-show ke seluruh Daerah Marang bermula selepas sembahyang Asar di Alor
Limbat, Pasukan Ranggok Merdeka yang diketuai oleh YBhg Datuk Razali Idris
telah dilepaskan oleh YB Alias dan menuju ke Bukit Payong.
Sejumlah 100 buah kenderaan pacuan empat roda mengambil bahagian didalam program yang diatur sempena ambang kemerdekaan.
Setibanya di Bukit
Payong, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu En. Mohd Nor pula melepaskan Pasukan
Ranggok Merdeka menuju ke Pengadang Baru dimana En. Zaidi Muda selaku Pegawai
Pembangunan DUN Bukit Payong pula melepaskan pasukan tersebut menuju ke Wakaf
Tapai/Pengkalan Berangan.
Langgan:
Catatan (Atom)
