Deklarasi
Rakyat main kotor dapatkan tandatangan dalam masa
singkat
KUALA LUMPUR:
Sekumpulan individu yang diketuai pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini tampil mendakwa kumpulan
pendokong Deklarasi Rakyat memalsukan
tandatangan rakyat untuk
mendapatkan jumlah yang banyak dalam tempoh singkat.
Bagi menguatkan
hujah tersebut, seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam pemalsuan itu turut
diketengahkan.
Lelaki yang
dikenali sebagai Azharuddin
Othman dan bekerja sebagai pengaturcaraan komputer bebas
secara sambilan mendedahkan, beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai
Ratu Naga menawarkan khidmat untuk membeli pengkalan data (database)
rakyat Malaysia bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk projek Deklarasi
Rakyat.
Azharuddin
dalam pada itu turut membacakan akuan bersumpah bagi membuktikan pendedahan dan
pengakuan beliau adalah benar.
"Pada
tarikh 27 April 2016, saya telah dihubungi oleh seorang yang bernama Ema yang
lebih dikenali dengan nama 'Ratu Naga'. Saya kenal dia melalui seorang kawan
dan pernah jumpa berdepan. Komunikasi saya melalui Whatsapp tersebut bukanlah
kali pertama juga.
"Sebelum
ini dia (Ratu Naga) memang mengetahui saya mempunyai sejumlah besar (jutaan
data base maklumat penduduk Malaysia yang boleh diceraikan berdasarkan beberap
katogori berdasarkan keperluan).
"Dia
menawarkan RM5,000 untuk mendapatkan 1.2 juta database dan beberapa
penghantaran dibuat melalui emelnya (primes.ratu@gmail.com). Dia memaklumkan
saya database itu untuk kegunaan bagi projek memorandum Deklarasi Rakyat ke
DYMM Yang Dipertuan Agung," katanya sambil membacakan akuan berkenaan.
Pemalsuan itu
kata Azharuddin, terpaksa dilakukan untuk mencukupkan bilangan dalam tempoh
masa yang singkat.
Bagaimanapun
kata Azharuddin, beliau dan rakan sepasukan tidak mendapat bayaran seperti yang
dijanjikan selepas menyelesaikan tugasan yang dikehendaki.
"Namun
setelah semua selesai saya hanya mendapat RM1,000 sahaja dan sehingga kini saya
tidak mendapat baki bayaran seperti yang dijanjikan," katanya lagi.
"Saya
mengaku dan membuat akuan ini secara sedar dan bertanggungjawab," katanya
sambil menunjukkan salinan 'print screen' perbualan Whatsapp dan penghantaran
emel yang berkaitan.
Dalam pada itu,
Chegubard berkata, jumlah sebenar tandatangan hanyalah 300,000 sahaja.
Justeru, beliau
menggesa agar 'kartel' Dr Mahathir segera memberi maklum balas berhubung
pendedahan penipuan tandatangan tersebut.
Ujarnya,
selepas melihat maklum balas daripada pihak yang berkenaan, pihaknya akan
tampil dengan satu lagi siri pendedahan berhubung cara penipuan itu dilakukan.
Menurut
Chegubard, pendedahan Azharuddin turut berkait dengan 'warkah' daripada Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana akhirnya menimbulkan kesedaran
kepada anak muda itu.
"Saya
meminta mereka (Azharuddin dan pasukan) membuktikan mereka serius dengan
mencetak semua bukti dan membuat akuan bersumpah. Mereka lakukan semalam dan
hari ini mereka hadir dalam sidang media. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.
"Apa yang
berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh
pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan
beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah
yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah.
Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan
apa juga demi matlamat mereka.
"Belum apa
pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana
dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah
sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan
pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan
memusnahkan," ujar Chegubard.