Rabu, 25 Mei 2016

'Semuanya sudah selesai, saya nak buat kerja'

KUALA NERUS: "Semuanya sudah selesai, semua dah berakhir. Saya nak buat kerja dan saya akan bergerak ke hadapan," kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bertegas meminta semua kepemimpinan Umno dan ketua jabatan menghentikan spekulasi siapa pengganti Menteri Besar Terengganu. 

Ahmad Razif berkata, sebagai Perdana Menteri dan presiden Umno, Najib sudah dengan jelas memberi pengiktirafan kepadanya sebagai Menteri Besar dan yakin kemelut di Terengganu sudah berakhir


"Itu jelaslah apabila Perdana Menteri sudah memberi pengiktirafan kepada saya dan menyatakan bahawa negeri Terengganu isunya sudah berakhir. 

"Jadi, tidak perlu lah mana-mana pihak timbulkan lagi mengenai isu pertukaran MB ini. 

"Saya akan terus bergerak ke hadapan untuk gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang sudah tidak lama lagi," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Karnival Myskill Fest & Dapur Terengganu dan Konsert Kasih Ibu, Sayang Guru Anjuran Inforana di Dataran Karnival, Quinara Al-Safir Resort, Jalan Tok Jembal, di sini, malam tadi. 

Ahmad Razif berkata, beliau tidak mempunyai kaitan dengan tindakan portal yang melaporkan ucapan Najib pada majlis tertutup bersama kepimpinan Umno negeri, di Duyong Marina Resort, di sini, kelmarin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...