PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah
syarikat swasta ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan kerana disyaki
menjadi orang tengah bagi pengagihan projek-projek kerajaan di bawah PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI, MELIBATKAN
DANA RM92.5
BILION.
Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret
Putrajaya, di sini, pada Jumaat.
Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun itu
ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes itu di ibu
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini malam Khamis.
SPRM sebelum ini
telah
mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan yang difokuskan kepada dana kerajaan
berjumlah RM92.5 BILION DI BAWAH PROGRAM
RANGSANGAN DAN PEMULIHAN EKONOMI.
Sumber itu berkata, SPRM membuka beberapa kertas
siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi
dalang kepada beberapa syarikat untuk memperolehi projek-projek bernilai antara
RM50 juta dan RM500 juta secara runding terus.
“Hampir 90 peratus daripada projek yang diberikan
adalah secara rundingan terus dan masih belum dilaksanakan kerana TIADA PENGELUARAN SURAT SETUJU
TERIMA LAGI.
"Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada
siasatan terhadap baki 10 peratus projek yang sedang berjalan membabitkan
perkembangan projek antara 10 peratus hingga 20 peratus," katanya, di
sini, pada Jumaat.
Menurut sumber lagi, suspek yang ditahan itu
dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara
kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.
Berdasarkan keterangan beberapa kontraktor yang
disoal siasat, mereka MENGAKU
MEMBAYAR KOMISYEN SEBANYAK TIGA HINGGA LIMA PERATUS.
Menurut sumber, WANG ITU
DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN SEBUAH PARTI POLITIK KONONNYA UNTUK TUJUAN PEMBIAYAAN
POLITIK.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam
Baki ketika dihubungi di sini, pada Jumaat mengesahkan penahanan tersebut.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 16 (a)
Akta SPRM 2009.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum
20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai
suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.