Selasa, 25 November 2014

Bimbang Melayu jadi macam Red Indian


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran bahawa orang Melayu di negara ini mungkin akan ditimpa nasib seperti kaum Red Indian di Amerika Syarikat (AS) jika mereka terus hidup dalam keadaan berpecah belah yang banyak berpunca daripada perbezaan politik.

Menurut Abdul Hamid, jika Umno dan Pas, dua parti politik utama bagi orang Melayu tidak berupaya untuk menganjurkan perpaduan dengan mengenepikan usaha untuk bekerjasama, ada kemungkinan apa yang berlaku kepada kaum pribumi benua Amerika itu akan juga berlaku kepada orang Melayu di negara ini.

"Tanpa kerjasama Umno dengan Pas, orang Melayu sukar untuk mempertahankan kerajaan. Jika PR berkuasa, DAP akan jadi parti dominan, bukan PKR atau Pas. PKR dan Pas tidak boleh kawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan.

Maka jika Pas tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat,parti itu hendaklah bekerjasama dengan Umno.

“Percayalah bahawa ancaman dihadapi orang Melayu sekarang lebih serius daripada bila-bila masa dalam sejarah bangsa Melayu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Perpaduan Nasional di Pusat Islam, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...