GAMBAR HIASAN |
KUALA
TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(PPDNKK) Terengganu telah pun selesai menyiasat kes sebuah kedai makan di
Kemaman mengenakan harga RM32
bagi sepinggan nasi seorang pelanggannya, bulan lalu.
Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan
Abdul Samat berkata, hasil siasatan yang telah lengkap itu diserahkan kepada
pihak pendakwaraya minggu lepas untuk disemak sebelum tindakan seterusnya
diambil terhadap peniaga berkenaan.
“Sekarang kita tunggu keputusan
dari pihak pendakwaraya sama ada peniaga itu didakwa atau dikenakan kompaun,”
katanya kepada media selepas mengadakan operasi bersama media di Pasar Besar
Kedai Payang, di sini pagi tadi.
Kedai makan itu menjadi tular bulan lepas selepas seorang lelaki memuat naik
status di laman sosial Facebook tentang dirinya dicaj RM32 bagi sepinggan nasi
berlaukkan seekor udang galah, dua potong
sotong dan sayur
kangkung.
Lelaki terbabit terkejut
dikenakan harga sedemikian kerana kedai makan tersebut hanya kedai biasa, bukan
bertaraf restoran eksklusif.
Ia kemudiannya mendapat reaksi
netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pemilik kedai terbabit yang didakwa
mengambil untung berlipat kali ganda.
Susulan laporan tersebut,
penguatkuasa PPDNKK cawangan Kemaman melakukan pemeriksaan di kedai itu dan
mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan
2011 kerana mengenakan caj harga tidak munasabah.
Selain notis pihaknya turut
menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52
ketul hati pedal kerana pemilik kedai gagal mempamerkan tanda harga.
Sementara itu, Azlan memaklumkan
pihaknya menerima aduan dari pengguna tentang seorang peniaga bazaar Ramadan di
Kemaman yang menjual nasi beriani daging berharga RM13 gagal mempamerkan tanda
harga.
Sehubungan itu, PPDNKK telah
melakukan pemeriksaan dan mengenakan kompaun sebanyak RM300 terhadap peniaga
berkenaan.
“Setakat ini kita hanya terima
satu kes itu sahaja melibatkan peniaga di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa
ini,” katanya.
Sumber: KLIK DISINI