Jumaat, 9 Jun 2017

DAP Sedang Sibuk Bodek Mahathir, Tiada Masa Untuk Prinsip

Maaf Karamjit. DAP sedang sibuk memuji melambung tinggi dan membodek Mahathir, meningkatkan perbelanjaan tahunan negeri sebanyak 500%, menjual semua tanah dan aset kerajaan negeri, membayar RM300 juta untuk laporan yang tidak akan dapat disiapkan, membeli banglo 10,500 kaki persegi jutaan ringgit di bawah harga pasaran, meminjam berbilion-bilion dari China kerana sudah tiada tanah lagi untuk dijual serta melakukan projek-projek mega – salah satunya yang telah meningkat luar biasa RM19 bilion daripada RM27 bilion menjadi RM46 bilion dalam tempoh setahun.
DAP tidak mempunyai masa untuk prinsip.
Karamjit Singh menulis ini:

Mahathir bertanggungjawab sepenuhnya untuk ‘penyakit’ di negara ini. Malaysia sedang ‘berdarah’, terima kasih kepada benih yang disemai oleh Mahathir semasa pemerintahannya 22 tahun.

Tidak sekali-kali saya mahu melalui jalan satu lagi rejim Mahathir. Walaupun ada yang mengatakan beliau telah bertaubat dan cuba untuk membetulkan kesilapannya, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa beliau tidak pernah mengakui kesalahannya. Beliau masih mengekalkan bahawa setiap perkara yang dilakukannya adalah betul.

Mahathir adalah liabiliti dalam mana-mana organisasi, dan beliau menjalankan amalan amnesia terpilih dan memberitahu cerita tidak penuh.

Sumber: KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...