Jumaat, 30 Jun 2017

PEMIMPIN CINA PALING SOMBONG DI MALAYSIA ???

Ling Liong Sik berkata MCA tidak menerima sebarang pembiayaan politik daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mempimpin parti itu antara 1986 hingga 2003.
Bekas presiden MCA itu berkata, parti berasaskan kaum Cina itu cukup kaya dan boleh membiayai dana politiknya sendiri.
"Saya tidak menerima wang dari Tun M," katanya pada sidang akhbar di kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) di Sungai Long hari ini.
Ditanya apa nasihat yang akan diberi kepada kepimpinan parti sekarang, Ling berkata: "Mereka sudah cukap pandai untuk lakukan apa yang mereka perlu lakukan."

Beliau mengulas dakwaan dari dokumen yang bocor bahawa BN menerima dana yang dikaitkan dengan 1MDB.
Laman pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa MCA Selangor menerima RM10 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi dinafikan parti itu.
Bagaimanapun, aangota parlimen DAP, Lee Kee Hiong mendakwa bekas Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek dua tahun lalu mengakui sebaliknya.
Mengulas wawancara Chua yang diterbitkan oleh cari.com.my pada bulan Oktober 2015, Lee menyatakan Chua mengakui Najib membantu dana untuk parti komponen BN itu menjelang pilihan raya umum yang lalu.
Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...