Mahathir mengamuk lagi. Dia masih tidak
berpuas hati mengapa kawan baiknya, Lee Kim Yew kena bayar cukai.
Bagi
Mahathir, kawan-kawan dan kroni-kroninya perlu dikecualikan daripada sebarang
pembayaran cukai. Kalau kena bayar juga, itu bermakna kerajaan sangat zalim.
Mahathir
dilaporkan sangat marah apabila LHDN ‘memburu’ rakan-rakan
dan rakan kongsi perniagaannya.
“Ini adalah rompakan siang hari,” kata Mahathir di
dalam update terbaharu blognya.
Mahathir
bercakap tentang Lee Kim Yew, pemilik Country Heights yang juga
merupakan rakan kongsinya. Bahkan banglo besar Mahathir sendiri datangnya
daripada projek Lee Kim Yew.
Berapa yang
Mahathir bayar untuk banglo berkenaan?
Dan Mahathir
merupakan pemegang saham ketiga terbesar atas namanya sendiri dalam hotel milik
Lee Kim Yew, Palace of Golden Horses.
Mahathir memekak apabila Lee Kim Yew berkata, LHDN
menyita simpanan tetapnya di dalam sebuah bank asing bernilai RM126 juta kerana
gagal membayar cukai dari tahun 1997 dan 1998. Penggunaan akta AMLA untuk
menyiasat kes pelarian cukainya, diadukan oleh Lee Kim Yew kepada Mahathir
sebagai ‘memalukan’.
Kata
Mahathir, wang tersebut diperolehi secara sah daripada perniagaan. Jadi tidak
selayaknya akta tersebut dikuatkuasakan ke atas Lee Kim Yew.
Inilah yang
sering diperkatakan oleh Mahathir sebagai PERJUANGAN RAKYAT. Perjuangan Rakyat
bagi Mahathir adalah membela kroni-kroni dan rakan perniagaannya daripada
sebarang tindakan undang-undang.
Dengan
kata-kata lain, Mahathir mahukan agar kebebasan daripada sebarang undang-undang
diberikan kepada kawan-kawannya!
Itulah yang
diidolakan sangat oleh sesetengah orang ke atas Mahathir!
Sumber: KLIK DISINI