GAMBAR HIASAN |
Dalam
bola sepak tiada pasukan boleh menang kalau hanya bertahan tanpa menyerang.
Untuk menang perlu sumbat gol, untuk sumbat gol perlu naik keatas atur
serangan.
Dalam permainan Mahathir
melawan Najib , Kejutan berlaku apabila Najib menang tanpa menyerang langsung
, hanya bertahan dan duduk diam.
Cara Najib bermain buatkan Mahathir
bertambah marah dari hari kehari. Dalam keadaan marah
Mahathir dilihat tersasul banyak, lepas satu, satu. Angkanya berubah2, tajuknya
berubah2 dan matlamatnya banyak kali berubah menjadikan keraguan diatas
kejujuran Mahathir dipertikaikan oleh sebahagian besar penyokong UMNO.
Dari hanya
mahu jatuhkan Najib bukan jatuhkan parti, sekarang sudah jadi
jatuhkan semua sekali, Najib, parti dan negara…
Baru baru ini Mahathir nafikan penglibatan sipolan dan sipolan itu buat itu dan
ini. Hari ini dia mengaku ye… memang orang bertiga itu berkomplot untuk
jatuhkan Najib. Pengakuan yang canggih sepanjang zaman.
Walau pun Najib menang tanpa
menyerang namun kesilapan Mahathir sendiri adalah penyebab mengapa beliau
tewas. Mahathir mengunakan cara yang sama sewaktu menyerang Pak Lah.
Mahathir lihat Najib seperti
dia lihat Pak Lah, Mahathir banyak bercakap, Mahathir bertempik dulu sebelum menyerang. Ini
menjadikan Najib dapat mengelak dengan mudah..
Kesilapan Mahathir pada
awalnya beliau terlaku yakin dapat jatuhkan Najib dengan mudah. Mahathir anggap
Najib dan Pak Lah adalah sama.
Manakala hulubalang Mahathir
tidak banyak membantu.
Mereka seronok berkira
tentang jawatan masing masing selepas Najib tumbang. Moidin berkira kira jadi
Perdana Menteri, Mukhriz Menteri kewangan manakala Shafei Timbalan Perdana
Menteri.
Seni politik anak Tun Razak ini
cukup tinggi manakala hulubalang Mahathir suka berangan
dan memandang rendah.
Selepas mengenali musuh
musuhnya serta kekuatan yang dimiliki. Najib dalam senyum saja bertindak dan
musuh musuhnya mengelupur. Najib tidak guna banyak peluru seperti Mahathir.
Muhyiden, Mukriz dan Shafie
tersungkur.
Dalam waktu yg sama simpati
ahli UMNO turut Najib miliki.
Hebatkan..?
Manakala peguam Negara Gani
Patael yang ditamatkan kontrak selaku peguam negara diam tanpa sungutan. Tanpa
tindakan saman atau tuntutan ganti rugi atas penamatan kontraknya lebih awal.
Gani diam, menikus tanpa komplain.
Gani tahu menentang Najib
ketika ini bererti kesalahannya akan dipanjangkan dan beliau bakal meringkuk
dipenjara dalam waktu cukup lama kerana berkomplot untuk jatuhkan Perdana
Menteri.
Draf pendakwaan keatas
Perdana Menteri sudah disiapkan dan macam mana boleh disiarkankan oleh WSJ..?
Satu isu bunuh diri.
Atas sebab sebab itulah Gani
Patail diam tanpa tuntutan apa apa apabila kontraknya lebih awal ditamatkan..
Gani tahu kesabaran PM cukup tinggi . Itu pun jika dia diam dan tidak timbulkan
masaalah apa apa terhadap Najib atau pun partinya…
Budak suruhan Mahathir si Khairuddin Botox kini sebelah kaki sudah
didalam penjara. Khairuddin berdepan penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.
Mahathir hanya memerhatikan
dan tidak mampu melakukan apa apa melihat orangnya satu persatu tersungkur.
Membunuh 2 ekor burung dengan
satu batu adalah klasik, membunuh 5 ekor burung dengan satu batu adalah epik..
Najib melakukan perkara
paling epik dengan skor kini 10 – 0. Dengan hanya satu batu Najib membunuh
kesemua hulubalang yang Tun ada..
Manakala Tun tidak henti henti merengek bagai kanak kanak kehilangan Lolipop
Karektor Mahathir yang suka
bertempik sebelum menyerang sebelum ini sudah berubah sakan. Mungkin menyedari
beliau sudah kehilangan peluang dan segala gala.. Senjatanya tumpul dan tidak
lagi mampu mencederakan Najib. Mahathir mempertaruhkan satu satunya yg beliau
miliki iaitu maruah, ego dan harga diri…
Dalam keadaan terdesak
Mahathir tidak mempedulikan maruahnya. Mahathir sanggup menyembah Lim Kit
Siang, Mahathir sanggup menunggu seterunya selama 18 tahun di Mahkamah hanya
semata mata mengharapkan Anwar membantunya. Malah Mahathir dijaja seperti
besi buruk oleh pembangkang yang mahu mengunakan Mahathir untuk, memecah
belahkan UMNO.
Tetapi pembangkang tidak mahu
memberikan Mahathir peluang kerana Mahathir mahu anaknya jadi perdana Menteri
manakala Pembangkang ada calonnya sendiri. Mereka memancing didalam kolam yang
sama dengan Mahathir….
Mereka tidak mahu ikan yang
ada terpaksa berkongsi ramai tetapi mereka mahu mengunakan Mahathir..
Mahathir telah tewas berkali
kali ditangan Najib. Namun melihat pembangkang mengunakan Mahathir untuk
mencapai matlamat mereka, itu cukup memilukan hati penulis.
Kepada anak anak Mahathir,
rakan rakan, sahabat beliau. Pujuk pujuklah Mahathir kerana beliau telah kalah
dan akan terus tewas. Manakala senjata Najib semakin banyak dan kian canggih..
Berhentilah menyerang
Mahathir, kibarkan bendera putih ketika rasa hormat pemimpin UMNO terhadap
beliau masih ada.
Namun semua itu ada hadnya…..
Tulisan
Rozmi Mokhtar
Rozmi Mokhtar