Nama Lamyai
Haithongkham bukanlah sebesar mana sebelum ini.
Tambahan pula dia adalah artis baru di Thailand yang semakin menjadi
perhatian ramai di negara itu.
Seorang daripada mereka ialah
perdana menteri Thailand sendiri, Prayuth Chan-o-cha.
Menurut laporan media,
Prayuth meminta orang ramai dan media memberi amaran kepada Lamyai kerana aksi
merangsang nafsu yang dipaparkan penyanyi itu
ketika di atas pentas.
"Saya mahu orang ramai
dan media bagi peringatan kepada dia. Saya tak tahu apa nak buat pada orang
yang suka kepada gaya, pakaian dan persembahan begini," kata Prayuth
dipetik akhbar The
Nation hari ini.
Tidak banyak maklumat yang
dapat diperoleh mengenai Lamyai selain dia dikenali dengan pakaian seksi ketika
beraksi. Gerakan tubuhnya juga berbentuk provokatif.
Dia
dilaporkan menjadi sebahagian daripada penyanyi irama luk thung, iaitu sejenis
muzik Thailand yang muncul selepas Perang Dunia Kedua.
Ia melalui proses evolusi
pada awal abad ke-20. Genre itu paling popular di wiayah timur laut Thailand.
Media melaporkan Lamyai
paling dikenali kerana aksi gerakan sembilan goyangan kepala.
Pengkritik berpendapat
penampilan Lamyai, 18, tidak sesuai dengan budaya tempatan.
Sementara itu eksekutif kanan
syarikat rakaman Lamyai, Prajakchai Naowarat, berkata mereka akan mengurangkan
rutin menggiurkan ketika beraksi.
"Kami akan perbetulkan
apa yang patut. Aksi goyangan kepala dan pinggang itu juga akan dikurangkan
kepada tiga kali, bukan sembilan lagi," katanya.
Lamyai juga, kata Prajakchai,
akan berpakaian "lebih baik" pada masa depan.
Bagaimanapun, eksekutif kanan
syarikat Haithongkham (balang emas) itu mendakwa, gerakan itu sering dilakukan
penyanyi kelas dunia.
Lamyat - atau nama sebenarnya
Suphansa Vechkama - dikenali ramai melalui lagu paling popularnya, Pusao Kha Loh dan video rasminya di YouTube didakwa
sudah ditonton lebih 230 juta kali hanya dalam tempoh enam bulan.
Sumber: KLIK DISINI