Sabtu, 21 Februari 2015

Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah disifatkan masih tidak faham persoalan rakyat terhadap urus tadbir 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa amat tidak telus.

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, selagi Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda mengelirukan rakyat dan memutarbelitkan fakta, selagi itu rakyat akan menganggap isu itu tidak selesai.

"Kenyataan Ahmad Husni hari ini amat bercanggah dengan kenyataan Arul baru-baru ini. Kini, Ahmad Husni kata dalam jangka panjang, 1MDB bakal menjana pendapatan kepada kerajaan seterusnya kepada rakyat.


"Ia bercanggah dengan kenyataan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang yang menyatakan 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan mahupun rakyat," katanya ketika menghubungi Astro AWANI hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Ahmad Husni yang menyifatkan 1MDB beroperasi seiring dengan matlamatnya.

Kata Ahmad Husni, matlamat penubuhan 1MDB jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan.

Ujar Khairuddin, Ahmad Husni dinasihat untuk duduk 'diam-diam' daripada beretorik dan cuba menyakinkan rakyat mengenai cara urus tadbir 1MDB.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...