Khamis, 5 Februari 2015

HADI YAKIN ANWAR AKAN DIPENJARAKAN?


Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diatur pada Ahad, 8 Feb, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini.
Anwar dilaporkan Bernama berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah bersetuju untuk hadir pada mesyuarat tersebut.
Dalam ucapan pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di Bandar Cukai, Kemaman, Terengganu Selasa malam, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan hala tuju PR sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

“Terserah kepada kebijaksanaan kawan-kawan apa nak buat selepas ini kalau apa-apa terjadi (selepas keputusan Mahkamah Persekutuan),” katanya.
Anwar berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan permasalahan berbangkit yang berlaku antara parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP.
Setiausaha Eksekutif Sekretariat PR, Ahmad Shabrimi Sidek berkata, mesyuarat itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS pada pukul 2.30 petang.
“Mesyuarat tersebut dijangka dihadiri semua kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang akan membincangkan perkara berbangkit mengenai Pakatan Rakyat.
“Sekretariat percaya ini akan seterusnya mengukuhkan persepakatan semua parti dalam Pakatan Rakyat,” kata Ahmad Shabrimi yang juga aktivis PKR, lapor Mstar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...