KUALA LUMPUR 14 Feb. - MIC mendakwa Pendaftar
Pertubuhan (ROS) telah mencabul Perlembagaan parti itu apabila memberi kuasa
sementara kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CWC) 2009 yang telah dibubarkan
untuk menguruskan parti.
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sehubungan itu
memberi tempoh sehingga Selasa depan kepada ROS untuk menarik balik arahan
tersebut atau bakal berdepan dengan tindakan mahkamah. - UTUSAN ONLINE.