Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim
oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan
dan/atau pengetahun Banduan sendiri.
Ini
kerana Banduan konsisten dengan pendirian tidak mahu membuat permohonan
pengampunan! Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau
persetujuan Banduan?
Kalau benar Wan Azizah membuat
permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini
adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!
Asas kepada sebarang permohonan
pengampunan ialah pengakuan salah kepada kesalahan yang disabit, penyesalan
atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;
Elemen-elemen ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;
Berikut merupakan kenyataan Datuk Zulkifli Noordin berhubung isu pengampunan Diraja melibatkan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim : -
Sebaliknya
Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan
alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan.
Ini satu penghinaan ke atas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!
Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;
Ini satu penghinaan ke atas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!
Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;
Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman.
Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak "luar biasa" untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi bagi Banduan ini yg selalu meneriak slogan "Lawan Tetap Lawan".
Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?