Jumaat, 21 Ogos 2015

RAKYAT DAH MUAK DENGAN PENJELASAN NAJIB

NASI DAH JADI BUBUR

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi tekanan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Kali ini bekas Perdana Menteri itu memberi formula kepada pembangkang sekiranya mereka mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun tegas Dr Mahathir, formula berkenaan hanya akan berhasil jika ia tidak menggugat penguasaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan.


"Jika pembangkang benar-benar berminat untuk menyingkirkan Najib, mereka hanya boleh berbuat demikian sekiranya dapat pastikan hanya Najib yang pergi, namun kerajaan BN terus kekal dan dipimpin pemimpin lain.


"Pembangkang perlu mencari formula yang bakal menyaksikan BN tanpa Najib namun masih membentuk kerajaan jika mereka mahu mendapat sokongan Ahli Parlimen BN," katanya menerusi posting terbaharu di blog chedet.cc pada Khamis.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...