Isnin, 17 Ogos 2015

KETUA PENGKHIANAT BERKOMPLOT MENGULINGKAN KERAJAAN DIKENALPASTI

PENGKHIANAT PERLU DISINGKIR ATAU DIHAPUSKAN SAJA.
NAMPAKNYA identiti pemimpin UMNO yang didakwa mengetuai komplot mahu menggulingkan kerajaan dengan cara mengumpulkan surat akun bersumpah Ahli Parlimen pembangkang terus menjadi teka-teki.
Namun menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, identiti ketua komplot itu bakal terdedah petang ini kerana individu itu dikatakan akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar lagi.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tampin, pagi Ahad.
Katanya, pemimpin berkenaan sudah menyedari perbuatan yang dilakukannya adalah salah.
“Jadi dia akan jumpa Perdana Menteri dan Presiden UMNO petang ini,” katanya tanpa mendedahkan di mana lokasi pertemuan itu akan diadakan.
“Maklumat saya tidak datang dari tepi jalan. Ia datang dari seseorang yang hadir sama dalam mesyuarat komplot itu,” katanya lagi.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin yang terlibat dalam cubaan kotor cuba menggulingkan kerajaan. – MYNEWSHUB.CC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...