Rhu Rendang 31/12/2012 - Pemuda dan Puteri UMNO DUN Rhu Rendang telah mengadakan Jamuan Ambang 2013 bersama-sama Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Turut hadir di majlis tersebut Ketua Pemuda UMNO Negeri En. Saiful Bahari serta semua Ketua-Ketua Cawangan DUN Rhu Rendang.
Menurut En. Zaidi Awang selaku Ketua Pemuda UMNO Dun Rhu Rendang, beliau bersama-sama anak-anak buahnya tetap menyokong sepenuhnya kepimpinan Tuan Haji Nik Dir dan akan terus memperjuangkan demi untuk merampas kembali DUN Rhu Rendang daripada tangan pembangkang sejak 30 tahun dalam PRU yang ke 13 akan datang.
Beliau juga berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh didikasi dan terus bergerak pantas untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang dengan keputusan yang cemerlang.
Manakala ucapan ringkas Ketua Pemuda UMNO Terengganu En. Saiful Bahari mengingatkan kepada semua tenaga penggerak Pemuda/Puteri UMNO DUN Rhu Rendang agar terus bergerak dari sekarang sehinggalah tarikh pilihanraya yang dijangkakan tidak beberapa lama lagi. Beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Marang memberi sokongan yang padu agar DUN Rhu Rendang dapat dirampas kembali dalam PRU ke 13 nanti. Insyallah.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI