Salah Laku Seksual, Anak Kapal MAS Ditahan Di Perancis
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari inimengesahkan seorang anak
kapalnya telah ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan
berperangai tidak senonoh terhadap seorang penumpang.
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menyatakan anak kapal itu telah ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lepas, mendakwa seorang anak kapal MAS berkelakuan tidak senonoh.

"Oleh
kerana Malaysia Airlines mengharapkan anak kapalnya sentiasa mempamerkan
tingkah laku paling terpuji, maka kami memandang serius dakwaan ini.
"Sudah
semestinya kami akan membantu pihak berkuasa Perancis dalam menjalankan
siasatan mereka. Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan
kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami," kata
MAS.