Jumaat, 2 Mac 2012

KEBAKARAN DUA BUAH RUMAH DI RHU RENDANG, MARANG


Rhu Rendang 01/03/2012 - Kebakaran melibatkan dua buah rumah berdekatan di Rhu Rendang, Marang mengakibatkan En. Ngah bin Ibrahim, 69 tahun sekeluarga hilang tempat tinggal dimana keseluruhan rumahnya dijilat api, tanpa dapat menyelamatkan hartabenda dengan sehelai sepinggang. Namun begitu En. Salleh bin Ibrahim, 54 tahun rumah bersebelahan api berjaya dipadamkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat serta dibantu oleh Polis, JPAM dan penduduk kampong.


Api mula merebak dirumah En. Ngah kira-kira jam 3.00 petang dan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat dengan kekuatan 3 buah kereta  dari Marang dan Kuala Terengganu tiba 10 minit kemudian berjaya menyelamatkan rumah En. Salleh daripada terus dijilat api yang merebak dengan begitu cepat disertai tiupan angin yang kencang.



Kerugian yang dialami oleh En. Ngah adalah dianggarkan lebihkurang RM300,000, manakala En. Salleh RM50,000. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat.



Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku turut hadir ditempat kejadian dan menyampaikan bantuan permulaan wang tunai RM1,000 setiap seorang, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah menyampaikan bantuan berbentuk makanan, kain, tilam dan sebagainya kepada kedua-dua keluarga, bagi meringankan beban yang dialami.



Bagi kedua-dua keluarga yang terlibat, sementara waktu menumpang dirumah saudara-mara berhampiran, sementara bantuan selanjutnya diterima.

Tuan Haji Nik Dir memaklumkan bahawa MB Terengganu Dato Seri Ahmad Said telah bersetuju menghulurkan sepenuhnya bantuan untuk membina rumah baru jika dipersetujui bagi kedua-dua mangsa mengikut jumlah peruntukkan yang diluluskan.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...